~Kisah Cinta Ku~

Sebutir Mutiara Hikmah

^iMpI4n k4SiH~

Filed under: Uncategorized — mutiarahati at 7:12 am on Friday, July 29, 2005

Ya Rahim…

Hatiku berbunga gembira dengan kehadirannya sebagai pemimpin hidupku. Diri ini menjadi amanah buatnya selama kasih sayang yang terpatri berada di dalam redha-MU Ya Illahi, sepanjang hayat ini aku hamparkan untuk berbakti kepada dirinya, menjadi suri harapan hatinya, penyeri rumah tangga impiannya dan sebagai ubat penyembuh luka tatkala dirinya dilanda badai resah. Tiada yang aku dambakan selain merindui dirinya selama dia bergelar suami buatku, malu yang aku rasakan sentiasa bertandang untuk dia suamiku. Terima kasih aku panjatkan kerana menetapkan aku sebagai permaisuri hidupnya…

Di antara kekasih pilihan dihatiRose
Punyai budi penghias diri
Wajahnya lembut biasan perkerti yang tinggi
Indahnya perhiasan duniawi

Diantara diriku jua dirimu
Hanya mengharap cinta yang satu
Ku binakan mahligai impianmu
Oh.. sayang ikhlaskanlah hatimu

Malumu bernilai
Katamu berhikmah
Hatimu tulus suci dan murni
Hanya diri yang halal
Engkau serahkan segala
Untuk mencari redha Allah

Benarlah cinta buta melalaikan
Tanpa memikirkan batas syariatnya
Semuanya itu hanya ujian di dunia
Ia adalah mahar untuk kita ke syurga

Oh… Kau Permaisuri di hatiku
Di dunia ini engkau penghibur
Menjunjung kasih amanah Ilahi
Ku pasti akan terus menyayangi
Terima kasih ucapan ku beri
Kau hadiahkan ku cahaya hati
Ku pimpin tanganmu oh kasih meniti hari
Semoga kita dapat bersama
Sampai kepada-Nya disyurga sana

Tuhan kekalkanlah
Permaisuri hati ku
Untuk menemani dalam mengapai cinta-Mu

<Permaisuri Hatiku-Hijjaz> 

*>Persiapan Mencapai Keluarga Bahagia@;-’–

Filed under: Uncategorized — mutiarahati at 4:36 am on Friday, July 29, 2005

Allah Yang Maha Kuasa, dengan IradahNya diciptakan manusia dari satu jiwa, kemudian diciptakan pula pasangannya supaya bersemi ketenangan, kesenangan dan kedamaian.
Allah melimpahkan sifat Ar-Rahman dan Ar-RahimNya ke lubuk jiwa manusia dengan perasaan cinta serta melimpahkan rasa kasih sayang sebagai landasan kebahagiaan keluarga dalam sebuah rumahtangga.

Allah berfirman (Surah Ar-Rum : 21), yang bermaksud; "Dan diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."

Kanak2_5 

Walaupun perasaan cinta dan kasih sayang merupakan fitrah dari Allah, tetapi kita perlu sedar bahawa keabadian cinta itu tidak diperolehi sebagai satu anugerah tanpa diiringi dengan usaha yang bersungguh-sungguh.
Sikap berhati-hati dalam menentukan pilihan untuk pasangan hidup merupakan ciri khas dari insan budiman. Sekiranya salah membuat pilihan, beerti sepanjang hayat menanggung penyesalan.
Sikap memilih dan ingin dipilih adalah hak bagi setiap manusia. Adalah tidak adil rasanya dunia ini, jika pilihan hanya dibolehkan untuk kaum lelaki.
 

~kIsaH c|nt4 kU~

Filed under: Uncategorized — mutiarahati at 4:43 am on Monday, July 25, 2005

Ya Allah…hati ini hampir renyuk tatkala dihempas segala kekusutan, mengapa aku harus menerima segala kepedihan bila aku dambakan kehadiran Dia disisiku, doaku makin hambar maknanya kerana cinta Dia tidak sedalam cintaku bahkan kehadiran aku dalam hidup Dia hanyalah sebagai satu santapan waktu untuk Dia menyenangkan jiwanya.

Ya Allah…Kau tahu betapa aku menyintainya, aku bermunajat kepada-Mu moga impian aku Kau laksanakan dalam redha-MU, impian untuk aku untuk bersama dengan Dia, tapi adakah Dia mempunyai impian seperti aku saat aku sentiasa merungkaikan doa ini, "Ya Allah satukanlah hatiku dengan hatinya, tautkan hatiku dengan hatinya dan tetapkan hatiku dengan hatinya."

Ya Allah…pernah juga aku meminta agar Kau palingkan hatiku dari Dia jika kewujudan aku buat Dia hanyalah sementara, tapi Kau tidak pernah memakbulkannya malah mendekatkan lagi hatiku dengan hatinya. Adakah hati Dia pula dekat dengan ku?

Ya Allah…Kau maha mengetahui sesuatu sekalipun jauh tersembunyi di lubuk hati tiap hamba-Mu, bolehkah aku mengetahui hati Dia supaya senang aku mengetahui dimanakah terletaknya tempatku didalam diri Dia, kalau lah semudah itu…

Ya Allah…betapa aku perlu melalui saat-saat kasih sayangku belum tersurat untuk sesiapa, kecuali untuk Adam yang dijadikan buatku. Adakah Dia Adam untukku Ya Rahim?

Alwan

<Akam_MutiaraHati>

^HaKiKaT BaHaGiA^

Filed under: Uncategorized — mutiarahati at 1:58 am on Monday, July 25, 2005

~artikel dari someone-in-somewhere~

Bila tangan menulis…

Sejak kebelakangan ini, aku dapat rasa semacam perasaan ini tidak menentu dan seperti mahu berlari-lari sahaja. Tapi aku mahu kemana? Aku mahu buang sejauhnya perasaan ini, namun terasa ia makin pekat dan melekat-lekat dalam jiwa. Sesekali aku cuba pasrahkan diri pada yang esa, berdoa dan tak putus-putus berusaha. Namun setakat manalah daya aku, kerana aku insan yang terlalu lemah dan akan selalunya kalah. Bila aku lihat sesuatu-selalunya rasa itu tetap sama-tawar dan masih kosong seperti biasa. Kenapa dengan aku? Apa masalah aku? Apa yang aku cari sebenarnya? ya Tuhan…tolonglah..tolonglah..aku mahukan jawapan!


Benarlah kata orang, bila kita biarkan diri ini sepi dan menyendiri, maka perasaan kita jua akan turut mewarisi. Dan seperti itulah yang aku rasai saat ini. Mungkin. Sesekali aku rasakan diri ini penuh dengan gembira. Sarat dengan bahagia. Dan sesekali seketika juga terasa amat hina dan sengsara. Bila aku fikir, bila aku renung, betapa berkuasanya Allah mencipta perasaan untuk diriku dan selalunya dalam pelbagai rasa yang berbeza. Ya Tuhan..Kau sangat hebat!

Aku, masih fikirkan-dia. Walaupun cuba untuk melupakan, memadam dan seakan mahu letakkan dia dalam ‘recycle bin’, namun perasaan ini selalu menyeksa jiwa, seperti datang dan merayu meminta-minta. dia-bukanlah insan yang pernah aku fikir dan harapkan dalam hidup, namun terasa sangat istimewa-terasa ada suka dalam hati. Walaupun kemunculan dia dalam hidup aku membawa sepi yang tak pernah berhenti melukai-tapi aku tak mampu menipu-hati ini!

Apa harus aku buat? Benarkah tindakan aku, memilih laluan ini..yang datangnya seakan bercabang-cabang, lalu membuat akal aku sempit untuk berfikir. Aku mahukan cari ruang di mana aku boleh ketawa dan bersuka ria, tetapi dalam masa yang sama masih sudi menyaksikan aku menangis. Aku terasa sangat kecil ya Allah. Aku harapkan mereka boleh gembira bersama-sama sambil menyanyikan lagu cinta. Tetapi aku.kecewa.dengan menangisi lagu yang luka.

Aku rasa mahu menangis.mahu menangis.

Bahagia itu dari dalam diri

Kesannya zahir rupanya maknawi

Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati

Bertakhta di kerajaan diri

Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada dijiwa

Mahkota di singgahsana rasa

Bahagia itu adalah suatu ketenangan


p/s: petikan dari lagu kumpulan UNIC

Pilihlah Agamanya~

Filed under: Uncategorized — mutiarahati at 1:40 am on Monday, July 25, 2005

<Fikrah Dr.Salam-Harian Metro, Isnin 25 JULY 2005>

Pilih calon isteri beragama

SAYA berkawan dengan seorang gadis hampir dua tahun dan bercadang untuk bertunang tahun depan. Tetapi gadis ini tidak mempunyai banyak ciri-ciri wanita idaman saya, jadi kami kerap bertengkar dan salah faham.

Baru-baru ini saya kenal dengan seorang gadis yang mempunyai ciri-ciri wanita idaman saya seperti sopan dan pandai menjaga diri. Saya menjadi keliru, mana satu yang ingin saya pilih menjadi teman hidup.

Saya takut untuk menghampakan hati orang. Apakah panduan dalam kaca mata Islam yang boleh saya gunakan dalam memilih pasangan hidup?

SHAARI, Perak.

BEBERAPA panduan menurut Islam diberikan dalam memilih pasangan hidup. Antaranya, pasangan hidup hendaklah yang mempunyai pegangan agama. Kriteria wanita beragama ialah yang solehah. Ia termasuk juga elok rupa paras, taat, baik dan amanah.

Rasulullah s.a.w bersabda dengan maksud: “Wanita dikahwini kerana empat perkara: hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama, mudah-mudahan kamu akan terpulihara dan bahagia.” (al-Bukhari, Muslim).

Selain itu, hendaklah memilih wanita yang bersifat penyayang dan subur. Rasulullah s.a.w bersabda lagi: “Kahwinilah wanita yang bersifat penyayang dan subur. Maka sesungguhnya pada Hari Kiamat kelak aku berbangga dengan banyaknya bilangan kamu.”(Sabiq 2000, II: 14-15). 

@’-;–Satu Cerita Cinta

Filed under: Uncategorized — mutiarahati at 4:56 am on Saturday, July 23, 2005

Untitled Di hari ia melahirkan cintanya
ia berkata kepada kekasihnya
"Kita tidak usah berjanji untuk setia
kerana kita tidak mahu setia kerana janji

kita akan setia kerana cinta

hanya kerana cinta…"

Di hari perkahwinannya
ia berkata kepada isterinya
"Perkahwinan ini adalah ikatan
tapi kita tidak usah terikat kerananya
kita terikat kerana cinta

hanya kerana cinta…"

Di hari-hari kemudiannya
ia berkata kepada dirinya
"Perkahwinan kadang-kadang
mengajar kita melupakan cinta
untuk belajar hidup bersama."

~Cerita Cinta~

Filed under: Uncategorized — mutiarahati at 3:54 am on Saturday, July 23, 2005

SEBUAH HARAPAN

Duhai arjunaku, pantaskah kau melontarkan kata-kata seperti itu, aku yang disini selalu menyayangimu walaupun kau melukai hatiku, aku akan tetap mengukuhkan cinta ini, apalah erti sebuah kemaafan daripadaku, kata maafku tidak ada harganya, hanya satu pintaku jangan kau permainkan cinta kerana ia akan melukai diriku dan aku tidak akan rela jika suatu saat aku mengetahui cintamu kepadaku hanya palsu belaka, ketika itu aku bersumpah bahawa kau tidak akan bahagia dengan sesiapapun, hanya takdir yang mampu meruntuhkan cinta kita..itu sumpahku.

Kaulah seorang Arjuna yang mampu membuatku bahagia, selalu tersenyum dikala masalah menimpaku, kaulah pengubat rinduku dikala aku sedang sakit rindu, kaulah pelindungku dikala aku sedang memerlukan perlindungan, kaulah inspirasi terindah jika aku sedang melamunkan keindahan dunia, aku akan selalu memohon kepada Allah supaya memberikan jalan yang terbaik untuk kita berdua,

“Ya Allah, jika memang Kau berkenan untuk menyatukan kami maka mudahkanlah jalan kami untuk menuju redha-Mu, namun jika Kau tak berkehendak untuk menyatukan kami maka kami rela Kau pisahkan dengan cara-Mu, kami akan berusaha menerimanya dengan ikhlas walau apapun keputusanmu, kerana Kaulah yang berhak mengatur kami.”
“Ya Allah, limpahkanlah kepada kami cinta yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan khadijah al-Qubro yang Kau jadikan mata air kasih sayang imam Ali dan Fatimah Az-zahra.”
“Ya Allah..andai semua itu layak bagi kami maka cukupkanlah permohonan kami dengan redha-Mu”
“Ya Allah sempurnakanlah kebahagiaan kami sebagai ibadah kepada-Mu serta bukti pengikat dan cinta kasih kepada sunnah Rasul-Mu”
Amin~

~Petua Rumah Tangga Dan Kehidupan Bahagia~

Filed under: Uncategorized — mutiarahati at 11:33 am on Friday, July 22, 2005

Oleh Asmungi Sidek <Bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Selangor>

1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.

4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.

5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.

8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.

9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar,seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.

13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.

17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang,manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.

21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.

22- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau di ragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.  

^Tanda Zahiriah Seorang Gadis Yang Baik^

Filed under: Uncategorized — mutiarahati at 11:19 am on Friday, July 22, 2005

Berikut adalah tanda-tanda zahiriah seorang gadis yang baik, tetapi ia subjektif kepada latar belakang agamanya~

  • Wajah agak kuning atau hitam manis. Raut wajahnya nampak bersih dan bercahaya.
  • Matanya hitam bersinar terang bila dia melihat. Alis matanya tulin, hitam tebal dan rapi susunannya.
  • Bila dia berbicara, dia berkata dengan sopan santun dan lemah lembut. Perangainya baik.
  • Senyumannya menawan. Jika ketawa, dia akan tundukkan mukanya kerana malu dan akan ketawa sedikit sahaja.
  • Pinggangnya ramping, punggungnya berisi, matanya redup, gerak gerinya tidak bergaya dan tidak lincah. Dia bersih dan rapi.
  • Rambutnya panjang ikal atau lurus.Tubuh badannya montok tetapi tidak gemuk. Perutnya pisik ertinya tegang padat tidak gendut.
  • Bila dihadapan tetamu atau khalayak ramai, dia bersopan santun.
  • Bila berjalan dia tidak terburu-buru dan tidak pula terlalu perlahan.
  • Segala tindakannya adalah secara spontan dan ikhlas serta tidak sengaja dibuat-buat.

<Ciri-ciri di atas tidak semestinya dijadikan sebagai ukuran untuk mencari pasangan, adakalanya ia hanya perlu kita ketahui supaya kita merasa bersyukur ke hadrat illahi kerana ciptaannya maha hebat dan setiap kejadian ada hikmahnya tersendiri. Adakalanya juga, wanita yang mempunyai ciri-ciri yang disebutkan mempunyai akhlak yang kurang baik atau tidak sentanding dengan anugerah yang Allah ciptakan, itulah salah satunya kelemahan manusia.>

*Kejelitaan Gadis Yang Secantik Bidadari Dambaan Pujangga~

Filed under: Uncategorized — mutiarahati at 10:37 am on Friday, July 22, 2005

Al-Ghazali pernah mencatat bahawa sekiranya seorang lelaki itu tidak merasa aman kerana tidak dapat bersenang-senang maka hendaklah mencari isteri yang cantik kerana itu adalah antara kelazatan yang dibolehkan oleh agama dan benteng dari kejahatan.

Ada yang menyatakan bahawa bila seorang gadis itu cantik, baik budi pekertinya, matanya hitam pekat dan galak, rambutnya hitam dan ikal, kulitnya putih kuning, mencintai suaminya dan tidak banyak memandang suaminya maka wanita itu mempunyai ciri-ciri bidadari.

Perihal kejelitaan bidadari ada dinyatakan dalam al-Quran:

Ar-Rahman ayat 70:"Di dalam syurga itu ada gadis-gadis yang baik (akhlaknya), cantik jelita."

Ar-Rahman ayat 56:"Di dalam syurga itu ada gadis-gadis yang sopan setia"

Al-Waqi’ah 37:"Penuh kecintaan dan sebaya umurnya."

<Penuh kecintaan itu ertinya asyik kepada suaminya dan sentiasa merindui kehadiran suaminya>

~kecantikkan sering menjadi dambaan setiap lelaki terhadap permaisuri hatinya, tetapi bidalan jerman menyatakan bahawa Wanita cantik tidak mampu menjadi suri rumah dan isteri yang baik, secara logiknya kita boleh berfikir apa yang diperlukan oleh seorang wanita yang cantik, maka segala tanggungjawab akan diletakkan ditempat kedua oleh golongan seperti ini. Seeloknya wanita yang menjadi pilihan adalah wanita yang solehah kerana wanita dalam kategori ini menepati ciri-ciri pasangan ideal dan wanita ini juga menyejukkan pandangan setiap yang memandang terutama suami yang dikasihinya (",)

Next Page »