~Kisah Cinta Ku~

Sebutir Mutiara Hikmah

#Dia Lelaki Idaman Ku*

Filed under: Uncategorized — mutiarahati at 8:12 am on Tuesday, August 23, 2005

Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar
Yang tidak gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tutur katanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat durjana

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya

Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir

Lelaki idaman
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kecerdasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki idaman saya adalah lelaki;
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa saya bersama

<Dialah lelaki idaman saya> (",)

^JiK4 4Ku J4Tuh c|Nt4>

Filed under: Uncategorized — mutiarahati at 8:08 am on Tuesday, August 23, 2005

Ya Rabbi…
Jika aku jatuh cinta
aku mohon padamu
sirami hatiku dengan kasihMU
yang tak terbatas.

Ya Rahman.…
jikaku cinta pada makhlukMU
aku mohon padaMU
Jangan biarkan cintaku
padaMU berkurang
hingga aku lalai pada zatMU

Ya Rahim…
jika aku jatuh cinta
temukan aku seorang yang
hatinya rindu pada kasihMu
dan aku semakin kagum
dengan kewujudanMu

Ya Aziz…
Jika aku jatuh cinta
Jangan palingkan wajahMU
aku perlukan RahmanMU
aku harapkan RahimMU
aku pohonkan RahmatMU

Ya Jabbar…
Jika aku jatuh cinta
anugerahkan cintaMU
yang abadi
itulah matlamat hidupku.

~ALLAH Mengajarkan Cinta~

Filed under: Uncategorized — mutiarahati at 8:03 am on Tuesday, August 23, 2005

Pernahkah hatimu merasa kekuatan cinta
Kamu tersenyum sekalipun hatimu terluka kerana yakin ia milikmu,
Kamu menangis tatkala bahagia bersama kerana yakin ia cintamu
Cinta melukis bahagia, sedih, sakit hati, cemburu, berduka
Dan hatimu tetap diwarnai rasa cinta, itulah dalamnya cinta

Pernahkah cinta memerahkan hati membutakan mata
Kepekatannya menutup mata hatimu memabukkanmu sesaat di nirwana
Dan kau tak bisa beralih dipeluk merdunya nyanyian rasa bahagia
Padahal sesungguhnya hanya kehampaan yang mengisi sisi gelap hatimu
Itulah cinta kerana manusia yang dibutakan nafsunya

Cinta adalah anugerah agung Allah pada umat manusia
DitulisNya ketika mencipta makhluk-makhlukNYA di atas Arsy
Cinta dengan ketulusan hati mengalahkan amarah
Menuju kepatuhan pengabdian kepada Allah dan Rasulnya
Dan saat pena cinta Allah mewarnai melukis hatimu,
satu jam bersama serasa satu minit saja

Ketika engkau memiliki cinta yang diajarkan Allah
Kekasih menjadi lentera hati menerangi jalan menuju Illahi
Membawa ketundukan tulus pengabdian kepada Allah dan RasulNya
Namun saat cinta di hatimu dikendalikan dorongan nafsu manusia
Alirannya memekatkan darahmu membutakan mata hati dari kebenaran

Saat kamu merasa agungnya cinta yang diajarkan Allah
Kekasih menjadi bukti pengabdian cinta tulusmu
Memelukmu dalam ibadah menuju samudera kekal kehidupan tanpa batas
Menjadi media amaliyah dan ketundukan tulus pengabdian kepada Allah
Itulah cinta yang melukis hati mewarnai kebahagiaan hakiki

Agungnya kepatuhan cinta Allah bisa ditemukan dikehidupan alam semesta
Seperti thawafnya gugusan bintang, bulan, bumi dan matahari pada sumbunya
Tak sedetikpun tersasar dari arusnya, keharmonisan bertunjang pada keabadian
Keharmonisan pada keabadian melalui kekasih yang mencintai
Kerana Allah adalah kekasih Zat yang abadi

Cintailah kekasihmu setulusnya maka Allah akan mencintaimu
Kerana Allah mengajar cinta tulus dan agung
Cinta yang mengalahkan Amarah menebarkan keharmonisan
Seperti ikhlas dan tulusnya cinta Rasul mengabdi pada Illahi
Itulah cinta tertinggi menuju kebahagiaan hakiki

~Seorang WANITA itu~

Filed under: Uncategorized — mutiarahati at 5:07 am on Sunday, August 7, 2005

Aweks_1

Cantik wanita kerana
kejernihan wajah,
Manis wanita kerana
senyuman,
Ayu wanita kerana
kesederhanaan lahiriah,
Hebat wanita kerana
kesabaran,
Mulia wanita kerana
keimanan dan cintakan ilahi

RESEPI UNTUK BAHAGIA(”,)

Filed under: Uncategorized — mutiarahati at 5:04 am on Sunday, August 7, 2005

Geddesanneredrose6600030_2   

Resepi Kebahagiaan Keluarga

- 2kg penuh pegangan teguh kepada Allah dan ajaran Islam

- 1kg rasa cinta dan sayang yang membara

- 1kg rasa syukur dan ketaqwaan

- 4 cawan rasa tanggungjawab

- 3 cawan daya penambat hati

- 2 cawan penuh puji-pujian, gurau senda dan kemesraan

- 2 cawan pati kemanusiaan

- 2 cawan keyakinan diri, dorongan dan sokongan

- 1 cawan rasa kepuasan

- 1 cawan budi bahasa

- 1 cawan perasaan timbang-rasa

- 1 cawan tolak ansur dan toleransi

- 2 gelas ucapan terima kasih

- 1 sukatan peruntukan kewangan

- 2 camca pengucapan ‘ maafkan daku’

- anak secukup rasa

- secubit campur-tangan mentua

CARA2 MEMBUAT

- Adun semua bahan, asingkan rase cemburu, curiga, sikap mengkritik, sifat m,arah n sakit hati.

-Isingkan dengan bunga-bunga cinta yang segar, panaskan dengan bara api kesetiaan dan kejujuran.

- Hiaskan dengan anak kecil yang comel soleh dan solehah <boleh ditambah mengikut selera dan kemampuan>

SELAMAT MENCUBA!!

^NuKiL4N C|nT4^

Filed under: Uncategorized — mutiarahati at 4:42 am on Sunday, August 7, 2005

jangan cinta kerana dia lelaki..
kelak kita akan membenci..
jika dia bukan lelaki yang dicari..
hanya pandai menabur janji..

jangan dirindu pada paras rupa..
kelak kita akan terseksa..
jika dia tidak sebaik rupanya..
senyumnya manis tipu belaka..

jangan disayang kerana berharta..
kelak kita hidup menderita..
jika hartanya habis dibelanja..
sukarnya hidup miskin dan papa..

jangan dikasih kerana dipuji..
kelak kita menagih janji..
jika rupa berkedut dimamah hari..
hilang sudah puji memuji..

jangan dicari seorang kekasih..
kelak kita akan disisih..
jika kasih luntur bersih..
menangislah diri hidup bersedih..

jangan disambut salam rindu..
kelak kita menahan sendu..
jika rindu tak dapat disatu..
dimanakah akan kita mengadu..

jangan dilayan seorang teman..
kelak hidup menjadi ancaman..
jika teman tidak beriman..
dibakar api dihari kemudian..

wahai sahabat wahai teman..
carilah dia kerana TUHAN..
untuk menambah ceteknya iman..
bekalan diri hidup berteman..

wahai sahabat wahai teman..
cintailah dia kerana beriman..
dijadikan tuhan sebagai pasangan..
baik buruk ketentuan TUHAN..

wahai sahabat wahai teman..
terimalah dia penuh keihlasan..
andai buruk anggaplah dugaan..
andai baik pujilah TUHAN..

wahai sahabat wahai teman..
ingatlah akan janji TUHAN..
isteri yang baik besar balasan..
suami penyabar itulah kemenangan..

~Apakah cinta memerlukan ALASAN~

Filed under: Uncategorized — mutiarahati at 4:22 am on Sunday, August 7, 2005

Ami : Kenapa Abib sukakan ami? Kenapa Abib cintakan Ami?


Abib : Abib tak dapat nak jelaskan kenapa? Tetapi abib amat menyukai ami..


Ami : Abib tak dapat bagi alasan kenapa abib sukakan ami, tapi macam mana abib boleh kata yang abib cintakan ami?


Abib : Memang abib tak tahu alasan apa yang abib perlu katakan pada ami, tapi abib boleh buktikan yang abib cintakan ami…

Ami : Bukti? Tidak! Ami mahu abib bagi sebab kenapa… sedangkan orang lain boleh katakan pada kekasihnya jika dia menyintai kekasihnya, sedangkan abib tak boleh buat macam tu!!

Abib : Ok.. ok!!! Hmm… sebab ami cantik, sebab suara ami sedap di dengar, sebab ami pandai mengambil berat, sebab ami seorang penyayang, sebab senyuman ami dan sebab tingkah laku ami.

Beberapa hari kemudian, ami mendapat kemalangan dan doktor mengesahkan ami koma kerana pendarahan di otaknya… abib menulis warkah dan meletakkan warkah tersebut disisi kekasih yang amat dicintainya ami-:

Kekasihku ami, sebab suaramu yang merdu abib menyintaimu.. Sekarang dapatkah ami berbicara dan bercerita seperti suatu waktu dulu? Tidak! Oleh sebab itu abib tak dapat menyintai ami lagi. Sebab ami amat  mengambil berat maka abib menyukai ami…Sekarang ami tidak dapat menunjukkan perhatian ami pada abib, oleh sebab itu abib tak dapat menyintai ami lagi. Kerana senyuman mu, kerana setiap gerak laku mu abib menyintai ami tapi sekarang dapatkah ami tersenyum? Dapatkah ami bergerak? Tidak! Sebab itu abib tak dapat menyintai ami lagi.. Jika cinta memerlukan alasan seperti sekarang, maka tidak ada alasan bagi abib untuk menyintai ami lagi. Apakah cinta memerlukan alasan? TIDAK! Oleh sebab itu, abib masih tetap menyintai ami dan perlukah alasan bagi ami sekarang?? Cinta tidak memerlukan alasan bukan??….

p/s : Ketika mencintai seseorang; jangan pernah menyesal dengan apa yang pernah anda lakukan, menyesallah terhadap apa yang tidak pernah anda lakukan. Jika Allah membawa kita kepada cinta.. DIA akan menjadikan kita kuat untuk mengatasinya.