~Kisah Cinta Ku~

Sebutir Mutiara Hikmah

Kekuatan Cinta Ku^

Filed under: Uncategorized — mutiarahati at 7:35 am on Thursday, September 22, 2005

Aku pinta bila suatu saat nanti aku jatuh cinta lagi, jangan biarkan diriku mengulang kesalahan ku yang pertama kali, aku menyerah dan merasa tidak kuat untuk meneruskan hingga membuat aku lalai. Aku pinta bila suatu saat nanti aku jatuh cinta lagi, penuhilah hatiku dengan kekuatan yang tak terbatas, biar rasaku padanya tidak akan pudar. Seandainya aku jatuh cinta lagi, jangan biarkan diriku berpaling dari masalah. Dan bila aku merasa tidak kuat untuk mencintai, jangan membiarkan diriku untuk terus menyendiri dan berilah sedikit kekuatan cintamu untuk ku terus menyuburkan cinta yang masih ada dihati…

Apa yang aku cari???

Filed under: Uncategorized — mutiarahati at 7:33 am on Thursday, September 22, 2005

Image hosted by Photobucket.com

Aku yang Mencari Sinar,
Takkan kau fahami hati ini
Derita aku bukan untuk tatapanmu..
Aku rela bersendiri
Aku bukan menagih cintamu
Aku yang serba kekurangan
Mengintai dirimu di kejauhan
Demi kebahagiaan mu selamanya…

BUAT MU YANG AKU SAYANG<*

Filed under: Uncategorized — mutiarahati at 7:31 am on Thursday, September 22, 2005

CinTa Ku …
kelmarin aku telah jatuh cinta
semalam juga aku terpaksa lepaskan cinta itu
dan hari ini aku hampir-hampir gila kerana terlalu merindukan dirinya
setiap waktu yang terluang, pasti dirinya terlintas difikiran.

Aku meminta dirinya melupakan ku
tetapi dalam hati ini,
hanya tuhan yg mengetahui betapa siksanya untuk aku melupakannya.

Mulut kata pergi, hati kata datang
aku hanya mengharapkan berlakunya kejaiban
kejaiban yg mustahil terjadi

Sayangku..
aku benar-benar merindui dirimu
mengapa kita dipertemukan, walaupun ku tahu kita tak mungkin bersatu
aku cintakan dirimu..
cinta ini akan terus ku bawa bersama hingga akhir hayatku.
walaupun perit merindu
cintamu telah mengajar aku erti cinta sebenar
cintamu mengajar erti pengorbanan
cintamu mengajarku agar tidak sekali-kali berputus harapan.
kau mengajar aku erti mimpi
tidak pernah kurasakan perasaan yang terlalu indah ini
indah kerana dicinta dirimu
biarlah aku mengubati rinduku ini bersama kenangan yang kita ciptakan bersama
peritnya menanggung rindu
lebih perit kerana kita saling menyintai
hadirlah keajaiban
aku benar-benar ingin menjadi sebahagian dari hidupmu
tapi..
aku seharusnya menerima segalanya

Biarlah rinduku teguh setia

Takdirku sememangnya begini

Hanya ingin ku nyatakan padamu sayang
andainya takdir kita begini
cintaku tetap padamu..
I Lov U..ForEver And Ever

Image hosted by Photobucket.com

Permata(Untuk Isteri Ku)

Filed under: Uncategorized — mutiarahati at 5:46 am on Thursday, September 22, 2005
Cantiknya

null

 

Ku Buka Lembaran Baru~

Filed under: Uncategorized — mutiarahati at 1:23 am on Thursday, September 22, 2005

Malam yang penuh kedinginan

Aku bersimpuh penuh ketundukkan

Dipalitkan secebis doa untuk sebuah harapan

Harapan yang tinggal harapan

Diperbaringan itu

Aku menyapu telus ke pipinya

Rambutnya ku usap penuh cinta

Kenapa aku pilihannya

Kenapa aku dihatinya

Jawapan hanya pada-Mu yang Rahim pemberi rahmat

Tidak pernah sekali dia leka memberi kasih

Aku tahu ketulusan cinta di hatinya

Mungkin tidak setulus aku

Aku usap lagi alis mata yang setia menatap malam ku

Mulut yang tiada henti mengurnia senyuman

Memberi damai

Kenapa duhai lelaki

Harapan mu kepada ku seluas doa yang ku pohon kepada Tuhanku

Kenapa duhai lelaki

Tangan mu menggapai perupok tubuh ini

Penuh sayang

Adakah ia adalah gerak langkah dari hati mu

Bolehkah ku tahu?

Aku baring disisi mu

Menghenyak tidur mu

Tiada leka juga tangan ini melingkar di dada mu

Kau penuh nyenyak

Aku tahu itu

Sekalipun kali ini adalah lembaran baru buat mu

Aku terima penuh redha..