~Kisah Cinta Ku~

Sebutir Mutiara Hikmah

~TRU3 LOV3~

Filed under: Uncategorized — mutiarahati at 3:49 am on Monday, December 5, 2005

Kasih sayang adalah sesuatu yang indah dan agung,
berbahagialah bagi orang yang menerima dan memberikannya.

               Kasih sayang = sesuatu

Sesuatu ini mampu membuat dunia ini berputar kerana
di dalam sesuatu ini terkandung pengorbanan yang tulus
iklas tanpa batasan
Sebab dunia ini terwujud atas dasar Yadnya pula.

Sesuatu ini tidak terikat oleh tempat, keadaan dan
situasi apalagi oleh cara dipandang.
sesuatu ini bisa wujud dalam keadaan apa saja, baik berupa
pemberian, niat ataupun cita-cita,
ia mampu berbentuk sesuatu yang realiti dan imaginasi

Sesuatu ini tidak boleh menjadi pilihan, sebab ia
mutlak untuk dilakukan, didalamnya tidak terkandung nafsu
melainkan ketulusan.

Sesuatu ini tidak mungkin hilang bahkan ia abadi
selagi dunia ini masih wujud.

Sesuatu ini adalah kunci awal untuk membuka pintu kebahagian
kerana ketulusan, tanpa ikatan yang dimilikinya.

Sesuatu ini dapat diwujudkan dalam bentuk apa saja,
yang penting dilandasi kengan ketulusan, tidak terbatas dengan pemberian hadiah.

Orang yang ingin memberikan sesuatu ini tidak perlu
mengharap untuk diberikan sesuatu.

Sesuatu ini tidak terbatas kepada mereka yang mampu
membuat saya senang tetapi ianya untuk semua orang.

Sesuatu ini tidak pernah berawal dan berakhir.

Sesuatu ini selalu akan diberikan kepada seseorang
meskipun orang tersebut tidak kita harapkan untuk menerimanya.

Sesuatu ini mampu memberikan kebahagiaan baik
sekarang, masa yang akan datang ataupun dimasa lalu.

Cinta yang sejati adalah sesuatu itu (kasih Sayang)

Jika kita memiliki kasih sayang itu,
akan merasa sudah memiliki segala hal,
maka berbahagialah bagi orang yang sudah memilikinya.

Sesuatu ini harus dilakukan bagi semua orang kerana ia merupakan kewajipan.
Sesuatu ini dapat diluaskan kerana ia lahir dari kemurnian fikiran.

Jadi sangatlah berbeza antara Kasih Sayang dan Cinta

                                                Love