Cerita Air Mata..
Tiada lagi cerita hendak aku sampaikan, tiada lagi cerita cinta yang meniti di bibir ku, tiada lagi cerita yang menjadi nukilan ilham ku, yang berlalu telah mengusung rindu yang sarat di dada ku…
Air mata meniti setia, menangis perhubungan yang telah hilang, tapi aku redha, ku pasrah kerana telah tersurat ia bukan untuk ku..
Tegar..sekalipun pernah terjadi khayalan indah, tapi ia hanyalah khayalan antara aku dan dia, khayalan semata khayalan, sedih tiada tara kerana aku sedar kehilangan akan tentu berlaku..
Namun apa daya aku, tidak mampu menolak kerana hanya diri tahu kehendak hati, betapa jauh di sanubari tetap berharap berlaku keajaiban..
Menangis lagi, dia tiada di mata ku, cuma sisa di hati ku, sisa yang tidak akan ku lupakan sekalipun perhubungan telah berakhir..
Inilah khazanah yang tinggal..cerita air mata..
^Wardahtul Humaira’^
