~HaKiKat LeLaKi JuA WaNiTa~
Luahan hati seorang wanita dari kejauhan mata lelaki yang tidak mampu melihat apa yang kami rasa, kata orang, lelaki tu abstrak, seperti lukisan yang terlindung di sebalik limpahan warna, kita tak mampu melihat apa sebenarnya maksud warna-warna yang menyembunyikan wajah sebenar lukisan di kanvas itu, hanya YANG mencoretnya sendiri tahu isi sebenar maksud tersirat..
Rintihan lelaki sentiasa menjadi rahsia kerana tidak mampu dilihat oleh mata kami ini wanita, kenapa ya? kata orang, wanita itu abstrak, seperti tarian yang dilihat orang tanpa di ketahui jenis tarinya, tangan lembut membuai, langkah gemalai penuh perasaan, rasa angkuh kerana dipandang dengan hati yang kusyuk oleh mata-mata lelaki itu, bila langkah sedikit songsang mudah saja jatuh tersungkur dan teresak menahan tangis, adakah kerana meminta simpati kerana nasib diri lemah?
Lukisan abstrak masih lagi mampu di jual berharga ribuan, tarian yang disampaikan wanita mampu lagi menahan gelodak perasaan ribuan yang memandang, semuanya masih berharga tatkala kita dinamakan manusia. Tetapi antara dua makhluk ini jarang yang menghargai antara satu sama lain, pelik ya?