~Kisah Cinta Ku~

Sebutir Mutiara Hikmah

Kalimah Rahsia<—- as known as CINTA

Filed under: Uncategorized — mutiarahati at 11:54 am on Wednesday, September 24, 2008

Perasaan kasih dan sayang termasuk dalam prinsip dan nilai terbaik yang diterima Islam. Kehidupan di dunia menjadi aman dan bahagia apabila makhluk yang ada saling kasih mengasihi antara satu sama lain.

Allah sendiri bersifat ar-Rahman (Pemurah) dan ar-Rahim (Pengasih). Islam membahagikan perasaan kasih sayang manusia kepada beberapa peringkat termasuk kepada keluarga, ibu bapa, anak, jiran, bangsa, negara dan seterusnya.

Termasuk dalam kategori cinta juga ialah cinta kepada Allah dan Rasul. Cinta pada Allah ialah cinta hamba kepada Penciptanya dan cinta pada Rasul ialah pembimbing manusia sejagat kepada Allah dan agama-Nya.

Mengenai hukum mempunyai perasaan sayang dan melafazkan kepada pasangan, Islam membenarkannya dengan batas tertentu.

Umumnya perasaan sedemikian timbul dari hati dan anugerah Allah supaya setiap pasangan mendapat ketenangan serta kebahagiaan apabila berumah tangga nanti.

Allah berfirman, maksudnya: “Di antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri perasaan kasih sayang dan belas kasihan…” (ar-Rum: 21)

Nabi Muhammad s.a.w apabila ditanya siapa yang Baginda sayang, Baginda menjawab Aishah, isterinya.

Bibit kasih dan cinta dalam kehidupan seharian diterima Islam sebagai normal.

Kisah Nabi Yusuf a.s dan Zulaikha boleh dijadikan panduan. Allah menyebut, maksudnya: “Dan sebenarnya perempuan itu berkeinginan sangat kepadanya dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah ia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (mengenai kejinya perbuatan zina itu)…”(Yusof: 24).

Nabi Yusuf berjaya mengawal diri daripada terjerumus dalam cinta yang membawa jenayah zina.

Islam menggariskan beberapa panduan dalam menjaga tata susila masyarakat terutama hubungan antara lelaki dan perempuan, antaranya

(1) tidak dibenarkan pergaulan bebas

(2) tidak duduk berdua-duaan tanpa mahram

(3) menjaga adab pertuturan dan berpakaian

(4) menjaga pandangan mata dan

(5) ikhlas untuk mengambil sebagai isteri. Dalam keadaan ini cinta dibenarkan.

Kisah Cinta 3#MENJADI @ MENCARI

Filed under: Uncategorized — mutiarahati at 3:59 pm on Monday, September 22, 2008

“Saya sedar saya tidaklah sehebat Fatimah, sebab itu saya perlukan suami yang soleh seperti Ali untuk membimbing saya”, kata seorang mahasiswi.

“Ana memang tidak sebagus Ali, sebab itu ana kena pilih isteri yang sempurna macam Fatimah. Ana tak mampu nak memFatimahkan seorang yang tidak Fatimah!”, tegas seorang mahasiswa.

Semua sibuk mencari. Mudahkah untuk mendapatnya?

Semua sibuk mencari. Jika jumpa, mudahkah untuk mengekalkannya?

Kita bertemu dengan pasangan hidup semasa duduk dalam suasana usrah. Alhamdulillah, imejnya berjubah dan bertudung labuh. Tetapi mampukah kita mengekalkan isteri kita pada benchmark solehah seperti itu di sepanjang alam rumah tangga? Dia mungkin akan diubah oleh suasana kerja, dia mungkin akan diubah apabila kembali ke pangkuan keluarga, dia mungkin berubah atas banyak pengaruh, atau paling utama, dia mungkin berubah kerana dia memang berubah.

Maka mampukah kebahagiaan dan kesempurnaan rumahtangga dipertahankan, jika suami meletakkan kesempurnaan itu ialah pada apa yang isteri buat dan tidak buat, jadi atau tidak jadi?

Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna. Semasa bercinta, dialah Ultraman, dialah Gaban. Tetapi siapa sangka, selepas berumahtangga, Ultraman berubah menjadi raksasa!

Jika bahagia dan sempurnanya rumahtangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat, kita akan hidup dan mati dalam pencarian. Pencarian yang tidak berkesudahan.

Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.

Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.

Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan itu walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya.

Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.

//http://nurjeehan.hadithuna.com/ciri-ciri-suami-pilihan/

Bila cinta berlabuh

Filed under: Uncategorized — mutiarahati at 3:10 pm on Monday, September 22, 2008

Tanggal 20 Sept 2008, aku dikejutkan dengan berita gembira. Kakak ipar bakal menjadi ibu dan abang long plak bakal menjadi seorang ayah. Aku tumpang gembira melihat kebahagiaan mereka. Zohor itu, aku solat dan bersujud syukur tanda berterima kasih di atas rezeki yang Allah kurniakan ke atas mereka. Tak habis2 abang long menyakat kakak ipar, mereka kelihatan begitu gembira, malah aku turut sama menerima tempias bahagia mereka. Ya Allah, moga Engkau kurniakan zuriat yang soleh dan solehah kepada mereka. Amin.

Kisah bila cinta berlabuh…

Susah nak diungkap makna sebenarnya cinta. Cinta pada sang pencipta, cinta pada manusia, cinta pada kebendaan. Semuanya tentang cinta. Tapi kadang-kala atau selalunya kita akan lupa pengertian sebenar cinta iaitu CINTA PADA PENCIPTA (Allah S.W.T). Bila kita mendongak langit, pernahkah kita terfikir betapa jauhnya langit tu dengan bumi?Bila kita melihat laut, pernahkah kita terfikir betapa dalamnya laut tu dengan daratan?Pernahkah kita terfikir walau sekali tentang kejadian alam yang berlaku di sekeliling kita?MasyaAllah….

 

Cinta kedua tertinggi yang perlu ditanam di dalam diri ialah CINTA PADA RASUL (Kekasih Allah S.W.T). Seringkali kita alpa dengan cinta yang kedua ini. Sedangkan ia sama penting dengan cinta pertama iaitu cinta pada Allah. Kenapa? Sejarah para rasul dalam menyampaikan seruan agama menjadikan kita manusia yang hidup penuh dengan kemanisan Iman dan Islam. Kalau bukan kerana mereka yang berperang menegakkan agama Allah, kalau bukan kerana mereka sanggup menerima cercaan dan hinaan, kalau bukan kerana mereka sanggup kehilangan ahli keluarga….bolehkah kita lahir sebagai seorang Islam?Bolehkah??Tak malukah diri, menganggap sebagai seorang Islam tapi langsung tidak diamal ajarannya?

 

Cinta pada manusia, tempatnya yang ke berapa?Ke-3,ke-4?Boleh dianggap berada di tempat yang ke berapa sekalipun. Akurkah manusia bila dikurniakan oleh Allah rasa cinta yang tidak kekal ini?Cinta yang hanya akan diingati tatkala maut telah menjemput. Berkali-kali manusia akan jatuh cinta. Salahkan rasa cinta tersebut sebenarnya?Salah jika bukan pada tempatnya. Tidak salah jatuh cinta pada ibu ayah, tidak salah jatuh cinta pada suami isteri, tidak salah jatuh cinta anak-anak. Tapi cinta itu salah jika diberi kepada bukan yang hak. Apa gunanya bercinta andai diri ternoda?Apa gunanya bercinta andai hilang harta benda?Apa gunanya bercinta andai tergadai maruah agama?Jika cinta pada ibu ayah, jaminan syurga diakhirat kelak. Jika cinta pada suami isteri, jaminan redha Allah diatas muka bumi. Jika cinta pada anak-anak, jaminan soleh dan solehah lah buat mereka. Tapi…..Jika cinta pada bukan yang hak, ape jaminannya?Ya Tuhan…

Pelbagai rasa cinta yang manusia ada….tetapi tetapkanlah asas cinta itu pada Allah dan Rasul terlebih dahulu. Ia adalah CINTA PERTAMA MANUSIA YANG BERGELAR MUKMIN.

IsTiKhArAh~

Filed under: Uncategorized — mutiarahati at 3:45 pm on Friday, September 19, 2008

Apa makna istikharah? Meminta pertolongan Allah s.w.t supaya memberi petunjuk di atas segala kerumitan di dalam membuat keputusan. Alhamdulillah. Walau sesukar mana sekalipun keputusan yang di buat, selagi mendapat pertolongan dari Ya Rahim semuanya menjadi lapang. Aku akur. Ramadhan kali ini terasa lebih syahdu. Disamping kehilangan cinta, kehilangan atuk yang dikasihi…kini Ramadhan adalah permulaan hidup aku yang baru. Malah aku terasa lebih tenang. Lebih tenang dari dulu.

 

Segala permasalahan telah lenyap, seperti kabus yang ditiup bayu pagi. Ya Allah, terima kasih kerana masih memberi peluang untuk aku merasa kemanisan iman dan Islam. Kak Irna, Kak Lia, Kak Lyn, adik naqibah mu pulang membawa panji janji sewaktu kita bersama melayari kehidupan usrah. Aku amat merindui kalian. Merindui kata-kata hikmah yang keluar dari bibir kalian. Aku impi menjadi seperti kalian dan aku terasa amat berdosa kerana melupakan nasihat kalian “IMAN ADALAH PAKAIAN KITA, ISLAM ADALAH NAMA KITA”….maafkan adik naqib mu ini wahai kakak naqibah ku.

 

Ya Rahim, Ya Rahman, sekiranya masih ada sisa cinta didalam hati ini. Kau tetapkanlah yang layak hanya untuk Zaujah ku. Biarlah hidup ku, ibadah ku hanya untuk-Mu. Pertemukan jua aku dengan orang yang mencintai-Mu supaya kelak Kau memberi barakah ke atas hubungan yang terjalin di antara kami.

 

Ya Rahman…Ya Rahim…

 

Amin.

 

AIR MATA 2: Perlukah adanya harapan?

Filed under: Uncategorized — mutiarahati at 8:03 pm on Wednesday, September 17, 2008

17 Sept 2008. Jam 0510 petang. Aku akan ingat sampai bila2 selagi hayat dikandung badan. Ape yang aku rasa sebenarnya? Hambar. Aku pegang erat bungkusan yang aku ingin berikan padanya. Tatkala mata tertancap pada si penerima yang berjalan ke arah aku waktu itu, hati aku hambar. Kenapa? Terngiang lagi kata-kata sebelum dia berlalu setelah menerima pemberian aku. “KALAU BOLEH JANGAN LAH KUAR DGN LAKI ORG…”….zupp!! Rasa seperti pedih di ulu hati dan aku mula tertanya-tanya, APE HAK DIA NAK CAKAP KAT AKU MACAM TUH!!

Langsung aku tidak ingat wajahnya bila dia berkata pada aku demikian. Siapa lelaki ini sebenarnya? Kalau boleh aku ingin cepat-cepat dia berlalu dari situ. Mujur dia memakai kaca mata itam, kalau tak…nak je aku tenung anak mata dia sewaktu dia cakap macam tu kat aku. Biar aku ingat tiap2 perkataan yang dia hambur pada aku.

Aku boleh cakap, perasaan aku dah hilang. Aku dah takde rasa pada sesiapa lagi. Aku redha hidup aku berlalu begini. Jiwa ampuh tidak menilai lagi cerca orang, pada aku yang penting adalah hidup aku selepas mati. Pedulikan kata2 orang sekalipun kuar dari mulut orang yang pernah satu ketika aku sayang sepenuh hati. BIARKAN!! Perasaan ini sudah tiada untuknya jua untuk sesiapa.

AKU TEKAD!!!

~Lafaz Yang Tersimpan

Filed under: Uncategorized — mutiarahati at 7:20 pm on Tuesday, September 2, 2008

Akhirnya, ade juga cerpen baru yang akan kuar hasil drpd nukilan dan ilham yang tiba-tiba datang setelah mengenali seseorang yang…tak dapat di luah dengan kata-kata…

Perasaan aku kini kosong, tiada lagi tempat penggantungan atau pengharapan. Aku kembali dengan segala makfirat yang lahir dengan hati yang tulus suci. Kenapa mesti aku begini? jawapannya hanya ada pada Allah subhanawataala.

Tiada lagi nama lelaki-lelaki yang bukan azali milikku, hadir dalam mimpi melontar kata sayang. Tiada lagi nama lelaki-lelaki yang ajnabi menyentuh hati, perasaan dan jiwa. Aku betul-betul telah sedar dari segala lamunan dunia.

Aku tekad. Solatku, ibadahku hanya kepada Mu ya Rabbi. Terimalah segala amalan ku dan sapu segala butiran pasir noda yang ada pada ku dengan keampunan Mu. Tiada lagi aku menyebut nama-nama yang tidak termaktub untuk ku. Biarkan aku dengan diri ku yang baru ini.

Wahai lelaki-lelaki yang telah aku lekakan, aku memohon seribu kemaafan agar doa untuk aku menjadi Zaujun Solehah termakbul. Demi bakal suami yang sering aku hadiahkan pelbagai surah hadir memberi harapan dunia dan juga akhirat. Aku begitu lapang.

ATAS NAMA CINTA ~YA RABB

Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya

Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya