~Kisah Cinta Ku~

Sebutir Mutiara Hikmah

Persis Wanita Solehah~

Filed under: Uncategorized — mutiarahati at 5:48 pm on Friday, October 24, 2008

W ~ Wanita idaman jejaka beriman
A ~ Akhlaq mulia sentiasa terpelihara
N ~ Nafsu dididik payah dilentur
I ~ Imannya mantap Ihsannya terpuji
T ~ Takutkan Allah taati suami
A ~ Anak-anak diberi pakaian Islami

S ~ Sejuk mata memandang wajahnya, sucinya hati terpancar di wajah
O ~ Onak dan duri ditempuh sabar, ia dianggap sebagai rahmat
L ~ Lancar bibirnya menyebut Allah,  licin lidahnya dengan kitabullah
E ~ Engkarkan Allah sentiasa dijauhi
H ~ Hanya mengharapkan maghfirah Yang Esa
A ~ Akalnya pintar dijaga Al-Quran
H ~ Hasilnya dialah wanita solehah

Destinasi Cinta—>buatmu bakal suami ku

Filed under: Uncategorized — mutiarahati at 5:03 pm on Friday, October 24, 2008

Warkah untuk dirimu yang jauh

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh….
Keberadaan warkah ini di tatapan matamu sudah cukup untuk menyentuh rasa hatiku, terasa syukur yang tidak terhingga kepada ALLAH s.w.t kerana menemukan kita di dalam lembaran ini.

Alhamdulillah, diri ini ketika ini sihat dan berada di dalam keadaan yang baik. Bagaimana khabar dirimu dan imanmu di sana? Semoga berada pada tahap yang diingini dan semoga barakah dan rahmat Allah senantiasa mengiringi langkah kakimu. Semoga engkau menapak dengan penuh rasa kehambaan.

Sesungguhnya saat ini hati ini masih terus menanti. Dan sesungguhnya penantian itu seperti suatu yang berat untuk ditanggung. Tetapi seperti katamu, sabar itu buahnya manis. Sabar itu memberi erti. Dan diri ini sedikit sebanyak tenang dengan pujukan itu. Hati ini hanya mampu berkata dalam diam. Tidak perlu mengungkapkan semua itu sekarang kerana diri ini memahami yang itu semua akan mengundang rasa yang kurang enak di dalam hati. Semoga kita banyakkan istighfar apabila mengingatkan perkara ini. Jangan sampai terperangkap di dalam zina hati! Jangan terpedaya oleh nafsu kerana ingatlah akan sabda Rasulullah saw ini….

“Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga ia menjadikan hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa (ajaran islam)”
(HR Hakim)

Waktu akan terus berlalu dan saat itu akan tiba tidak lama sahaja lagi. Diri ini terus bersiap untuk menerima perubahan keadaan persekitaran yang baru. Begitu juga persiapan minda dan sebolehnya sama-samalah kita menambah ilmu agar tidak timbul kesulitan di kemudian hari nanti. Moga nanti diri ini akan menjadi permaisuri yang berada di dalam hatimu hingga ke akhir hayat. Dan menjadi isteri yang solehah seperti yang diidamkan tiap suami…

Ingatkah dirimu akan ayat ini….

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”
(Al Furqan:74)

Doa yang dititipkan kita setiap kali selepas solat. Moga moga kehadiranmu adalah anugerah paling bermakna di dalam hatiku… Kadangkala terdetik rasa takut dan gusar di dalam hati ini. Tetapi diri ini menyerahkan sepenuhnya kepada Allah akan urusan ini. Telah ku ingatkan diriku, dalam setiap doa dan sujudku, seandainya dirimu adalah milikku, dekatkanlah. Jika bukan, maka jauhkanlah. Tetapi ternyata perjalanan urusan ini semakin dimudahkan ALLAH. Dan nyata, yang perlu dilakukan hanya menyemai kasih dan cinta padamu selepas pernikahan dan itulah yang terbaik buat diri ini kerana diri ini hanya mahukan keredhaan ALLAH di dalam setiap langkahan kaki dan perbuatan. InsyaAllah, segala perbuatan yang baik itu akan dibalas dengan kebaikan juga. Dan ingatlah wahai bakal suamiku, tiap perbuatan dan tingkah laku kita akan diikuti oleh generasi selepas kita. Jadi berwaspadalah dengan setiap tutur kata dan perilaku…

Allahumma laka aslamtu, wa bika aamantu, wa ’alaika tawakkaltu, wa ilaika anbtu, wa bika khoosamtu, wa ilaika hakamtu faaghfirlii maa qoddamtu wamaa akhkhartu, wamaa a’lantu, antalmuqodaimu wa antalmuqoddimu, wa antal muakhiru, laailaaha illa anta wala haula wala quwwata illabillahi.

Ya ALLAH, hanya kepadamu aku berserah diri, beriman, bertawakkal, kembali dan hanya bersandar kepadaMu aku mengambil keputusan. Kerana itu perkenanlah Engkau mengampuni dosaku yang telah lampau dan dosa yang akan terjadi, apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku tampilkan. Engkaulah yang mendahulukan dan yang mengakhirkan, tiada Tuhan selain Engkau, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan-Mu YA ALLAH.

Doakan diri ini di dalam solat malammu. Moga keyakinan kita padaNYA makin kuat dan keputusan ini bukanlah sesuatu yang silap. Yakinlah pada rasa hatimu….

Jagalah iman dan amalmu semoga waktu yang dinanti akan menjelma nanti. Banyakkanlah berdoa dan bertawakal kepada ALLAH swt. Semoga terus berada di dalam redhaNYA…

Bakal zaujun mu…(^_^)

Warkah Cinta Buat Si Dia

Filed under: Uncategorized — mutiarahati at 4:47 pm on Friday, October 24, 2008

“Kau tahu:

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.

Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya tempat dimana cinta itu ada.”

Hampir seluruh perkahwinan mengalami pertengkaran
Meskipun ramai orang yang malu mengakuinya
Sebenarnya sebuah perkahwinan
Tanpa pertengkaran ibarat cendol tidak bergula

Syurga rumahtangga itu fitrah hati
Naluri semulajadi yang pinta diisi
Kerananya jejaka rela menjadi suami
Kerananya perawan rela menjadi isteri
Masing-masing dengan harapan
Agar rumahtangga membawa kebahagiaan

Matlamat yang satu tapi jalannya berliku
Destinasinya sama tapi kaedahnya berbeza
Lalu bermacamlah jalan ke sana

Ada yang mengatakan
Bahagia itu pada harta
Diukir dari intan permata
(Gah, suamiku seorang jutawan)

Tidak kurang merasakan
Bahagia itu pada rupa
Ditempa oleh wajah rupawan
(Wah, isteriku seorang celeberity)

Ramai juga yang merasakan
Bahagia itu pada kuasa
Dituai oleh pangkat dan jawatan
(Wah, suamiku seorang negarawan)

Pelbagai jalan menimbulkan dilema
Mencari yang benar mempelai tersasar
Kalaulah bahagia itu pada harta
Kalaulah bahagia itu pada nama
Kalaulah bahagia itu pada rupa
Kalaulah bahagia itu pada kuasa
Kenapa Charles dan Diana berpisah?
Kenapa Elvis dan Priscilla berpecah?
Kenapa Onassis dan Jackie bertelagah?

Bahagia itu dari dalam hati
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata dalam hati
Terbenam bagai mutiara disalut nurani

Bahagia itu pada HATI
Bertakhta di kerajaan diri
Bahagia itu pada JIWA
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu KESABARAN
Bila susah tak gelisah
Bila miskin tak pemarah
Bila gagal tidak resah
Oh, suamiku, innalillah….

Hakikat bahagia itu ketenangan
Bila hati mengingati tuhan
Firman Allah:
Ketahuilah dengan mengingati Allah itu

Memberi ketenangan pada hati
Suami isteri sama-sama mengerti
Maksud tersemi takdir ilahi
Itulah zikir yg hakiki.

Binalah rumahtangga atas tapak iman
Tuluskan niat luruskan matlamat

“Suamiku, kaulah pemimpin menuju ilahi”

“Isteriku, kaulah permaisuri hati”

Penyeri Islam ku nanti
Muktamadlah akad sahlah nikah
Dengan nama Allah
Gerbang perkahwinan pun terserlah

Di atas tapak iman dirikanlah hukum tuhan
Iman itu tujuan
Syariat itu jalan
Tempat merujuk segala permasalahan
Tempat mencari semua penyelesaian

“Isteriku, taatilah suamimu dan hukum Allah s.w.t”

“Suamiku, patuhilah sunnah Rasululah s.a.w”

Binalah hidup di neraca maaruf
Rumah jadi sambungan madrasah
Seninya kerana solat
Indahnya oleh munajat
Tapaknya …iman
Jalannya ….syariat
Natijahnya…..akhlak

Tiga penjamin segala kunci kebahagian rumahtangga Dan terciptalah:

“Setia dan penyayang suami”

”Cinta dan kasih isteri”

Lalu berbuahlah
Mahmudah demi mahmudah
Yang melahirkan
Soleh dan Solehah.

Semoga Allah melimpa segala anugerah kebahagiaan rumahtangga solehah. Amin

Tanggal 14 Oktober 2008~Detik sejarah buat kami

Filed under: Uncategorized — mutiarahati at 1:17 pm on Wednesday, October 15, 2008

Tanggal 14 Oktober 2008

 

Pukul 6 petang

 

Seawal malam tadi lagi si dia bagitau nak jumpa aku hari ni, katanya ada hal penting nak bagitau aku. Kebetulan plak si dia outstation ke Pulau Pinang dan sampai di airport pukul 5 petang, si dia janji pukul 6.30 akan tiba kat office aku. Lepas waktu office pukul 6 aku tunggu kat restoran Rasa Sayang sambil minum coffee wanis dan baca majalah Dara. Tepat 6.30 seperti yang dijanjikan, si dia sampai depan office. Dari jauh lagi aku tersenyum melihat ke arahnya. Rindu bertandang.

 

Si dia pandu kereta ke Pandan Indah untuk solat maghrib di masjid Al-A’zim sebelum kami makan malam bersama. Aku tak sangka, malam 14 Oktober 2008 menjadi detik sejarah dalam hidup aku dan si dia. Malah aku langsung tak dapat nak agak perkara tersebut akan terjadi.

 

Selesai solat maghrib berjemaah, si dia menanti aku di dalam kereta. Hati aku tenang. Melihat raut wajahnya sahaja hati aku berdebar-debar. Si dia memulakan perbualan sebelum kami menyusur keluar dari kawasan masjid.

 

 “Abang ada sesuatu nak bagitau dan nak tanya pada yana.”

 

“Abang nak tanya yana ape? Kalau yana boleh jawab, yana jawablah.”

 

Aku menahan getar. Entah ape la yang si dia cuba sampaikan. Berita baik kah? Buruk kah? Wallahualam. Si dia parkir kereta di satu sudut jalan dalam kawasan masjid. Waktu tu hujan turun renyai-renyai.

 

“Abang nak bagi tau tapi nak berbisik kat yana. Boleh ke?”

 

Aku dah tak sabar-sabar lagi nak tau. Jauh di sudut hati, ada rasa takut sebenarnya. Si dia mendekatkan bibirnya di telinga aku yang terselindung di sebalik tudung. Hati aku makin berdebar. Menanti pengucapan yang lahir dari bibirnya. Ya Allah….

 

Si dia berbisik…

“Abang nak bagi tau yang abang sayang yana dan abang nak tanya, sudikah yana menjadi isteri abang?”

 

Subhannallah. Alhamdulillah. Hati aku melafaz tasbih. Meredakan perasaan getar di dalam dada. Aku tertunduk. Aku cuba bertentang mata, tapi dalam samar-samar cahaya lampu masjid aku tak nampak dengan jelas raut wajahnya. Tapi aku cukup yakin, nur cahaya menyinari kami waktu itu.

 

Dengan berani aku mengangkat wajah memandangnya…

“Yana pun sayang abang juga. Yana sudi jadi isteri abang.”

Aku lihat ada senyuman bahagia di bibirnya.

“Alhamdulillah” hanya itu yang keluar dari mulutnya.

 

Kemudian si dia mengeluarkan satu kotak kecil dari box kereta. Terdapat sebentuk cincin yang sederhana di dalam kotak tersebut tetapi kelihatan sangat menarik pada mata aku. Seurat cincin bermata berlian kecil di atasnya. Cantik. Si dia menyarungkan cincin tersebut ke jari manis ku. “Perfect”. Aku tersenyum penuh bahagia. Ya Allah…bukakan jalan bagi kami untuk menempuh hari-hari mendatang dengan penuh tabah. Amin.

 

Kemudian si dia membawa aku dinner kat ampang. Naili’s Place menjadi pilihan si dia malam itu. Cukup sempurna aku rasakan layanan si dia. Moga ianya berkekalan dan selagi belum bergelar suami isteri, aku akan bataskan perhubungan ini sejajar dengan tuntutan syarak.

 

Secara tak langsung, un-officially aku kini menjadi sebahagian dari hidupnya. Masih aku ingat kata-kata yang selalu dia lontarkan pada aku… “Mulai saat ini, kita susah…biar sama-sama susah, kita senang…biar sama-sama senang. Matlamat kita sama, iaitu untuk mencari dan mendapat keredhaan Allah. Moga hubungan kita ni berkekalan hingga ke akhirnya. InsyaAllah.”

 

Yana sayang kan abang. 

 

 

Dia datang…

Filed under: Uncategorized — mutiarahati at 12:22 pm on Tuesday, October 14, 2008

              Apa yang ingin aku luahkan sebenarnya? Perasaan sendiri yang berbuku dengan pelbagai ragam orang yang aku sayang. Pelbagai cerita di sebalik suratan takdir yang telah menetapkan sesuatu di dalam kehidupan manusia. Selagi bergelar manusia selagi itu kita tidak akan lari daripada melakukan kesilapan. Tetapi yang maha pengampun dan pemaaf cuma ada padaNya. Keputusan yang aku ambil iaitu menerima lamaran seorang lelaki diharapkan mampu menutup segala kelemahan silam. Tidak terucap dengan kata-kata tatkala dia datang menyunting aku untuk dijadikan sebagai suri hidupnya. Dia menerima segala kelemahan dan kekurangan zahir, tetapi di pandangannya aku cukup sempurna untuk di letakkan sebagai permaisuri hatinya. Syukur Alhamdulillah. Pengakhiran cinta ramadhan akan sentiasa di ingatan tatkala aku merindui kehadirannya saban hari. Tahun depan bermula detik baru dalam kehidupan ku, aku amat berharap aku mampu menjadi seorang az-zaujun kebanggan az-zaujah. Hadir dirinya menetap di sudut hati ku, mendebarkan jiwa ku dan menggentarkan batin ku. I love you my love.

 

 

Kasih Kekasih @>~’-

Filed under: Uncategorized — mutiarahati at 12:24 pm on Saturday, October 11, 2008
  

 Tak perlu aku ragui
Sucinya cinta yang kau beri
Kita saling kasih mengasihi
Dengan setulus hati

Ayah ibu merestui
Menyarung cincin di jari
Dengan rahmat dari Ilahi
Cinta kita pun bersemi

Sebelum diijabkabulkan
Syariat tetap membataskan
Pelajari ilmu rumahtangga
Agar kita lebih bersedia
Menuju hari yang bahgia

Kau tahu ku merinduimu
Ku tahu kau menyintaiku… oh kasih
Bersabarlah sayang
Saat indah kan menjelma jua

Kita akan disatukan
Dengan ikatan pernikahan… oh kasih
Di sana kita bina
Tugu cinta mahligai bahgia

Semoga cinta kita
Di dalam redha Ilahi
Berdoalah selalu
Moga jodoh berpanjangan

 

Berkali-kali aku dengar lagu nasyid kumpulan in-team ni, terasa kebahagian yang bakal hadir semakin hampir. Si dia datang membawa perkhabaran untuk menyunting aku menjadi suri hidupnya. Alhamdulillah. Betapa Allah sayangkan hambanya yang hina dina ini, Dia masih berikan aku kasih dan sayangnya yang tak bertepi. Aku terima dan aku redha kehadiran si dia dalam hidup ku. Si dia yang bakal menjadi ‘imam’ ibadah ku dan juga Abi kepada zuriat kami. InsyaAllah.

Ya Allah,

Terima kasih kerana kurniakan aku seorang lelaki yang baik akhlak, elok agama, rupa yang menyejukkan pandangan dan yang menghormati aku sebagai seorang wanita. Berkat bulan ramadhan, bulan ibadah Engkau pertemukan aku dengannya. Sekalipun hadirnya tanpa cinta tapi aku yakin cinta itu akan tumbuh bila dia melafaz akad ke atas diri ku. Dengan izin Mu Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim…aku yakin dengan baitul muslim yang bakal dibina. Kurniakan mawaddah dan rahmah ke atas hubungan kami.

Amin.

Lagu cinta

Filed under: Uncategorized — mutiarahati at 1:43 pm on Friday, October 10, 2008

Nak tido, tapi telinga ni duk dengar lagu Nancy Ajram. Penyanyi arab yang memang terkenal dengan keseksiannya tapi mempunyai suara yang cukup merdu… Lagu yang aku dengar adalah ‘Enta Eih’, lagu yang berkenaan isteri yang merana kerana suami berlaku curang. Huh!! Sedih kalau baca translation lirik lagu ni…

What are you (how cruel are you) is it not enough

That you hurt me? Have pity. How cruel are you.

Why my love? Is it so easy for you to bring me to tears?

And why do I accept that you hurt me when my soul is part of you?

And why I am accepting this torment at your hands?

If this is love, my misery is from it

And if I am to blame

I cannot say never again

And if it is my lot to live in torment

I shall live in torment

Have you no pity?

Have you no shame that cheat me knowing the love I have for you

Is it not a shame, the passion and the years?

And longing that I am living for you

Was the love lost completely?

Or has it been a game?

Was the love and tenderness and my heart and faith in you all lost?

Minta dijauhkan Allah daripada ia berlaku kepada sesiapa. Kasih sayang perlu di hargai,bila ia datang sambutlah dengan penuh keikhlasan kerana ia datang bukan dengan paksaan malah hadirnya kadang kala tanpa kita sedari.

Nak dengar lagu Amr Diab plak…Tammly Maak

Strategi Mendidik Isteri

Filed under: Uncategorized — mutiarahati at 5:11 pm on Tuesday, October 7, 2008

oleh dr. ikmal..

YANG dimaksudkan dengan unsur kasih sayang dalam mendidik isteri bukanlah sekadar kata-kata asmara dana atau pujuk rayu. Tetapi ia lebih daripada itu. Sifat dan perwatakan suami itu sendiri hendaklah mempunyai ciri pengasih. Sekalipun jika dia seorang pemimpin.

Ada waktu-waktu yang tertentu apabila suami bersama isteri, kita hendaklah merendahkan sifat ego kita. Seperti mana yang dibuat oleh Rasulullah tatkala bersama Siti Aishah. Sewaktu Rasulullah dinikahkan dengan Siti Aishah, umur baginda 55 tahun manakala Siti Aishah baru enam tahun dan mereka bersama tatkala Siti Aishah berusia sembilan tahun. Semasa melayan Siti Aishah, ada masanya Rasulullah berlagak seperti kawan sepermainan. Siti Aishah diajak berlumba lari. Kadang-kadang Siti Aishah menang dan adakalanya Rasulullah menang dalam perlumbaan tersebut. Bermakna sewaktu bersama isteri adakalanya Rasulullah melayan kehendak isterinya tanpa menjatuhkan martabatnya sebagai seorang suami yang wajib dihormati oleh isteri. Ini menunjukkan bahawa pada masa-masa tertentu suami mesti pandai memikat hati isteri asalkan tidak sampai terlalai hingga menurut saja segala kemahuan isteri. Di sinilah perlunya ketegasan seorang suami. Tegas dalam syariat dan tegas dalam perjuangan. Tegas tidak pula bermakna kasar atau garang cuma jangan sampai kerana hendak melayan kehendak isteri, syariat dan perjuangan terpaksa diketepikan.

Sebagai orang yang ditua-tuakan dalam sesebuah rumahtangga, suami berhak untuk mendidik dan menyelesaikan segala kekusutan fikiran isterinya. Oleh kerana wanita seringkali bertindak mengikut perasaannya, maka adakalanya apabila fikiran terganggu emosinya juga terikut sama. Tatkala itu kalau ada kesalahan suami walaupun kecil akan diungkit-ungkit lebih-lebih lagilah jika kesalahan itu dianggap besar, mulalah meluap-luap perasaan marahnya pada suami. Memang satu sifat yang agar sukar untuk dikawal ialah tatkala dia sedang marah. Kadang-kadang dia mengamuk macam ribut taufan lakunya (sebab itu kebanyakan nama ribut diambil dari nama perempuan umpamanya Taufan Lydia, Ariel, Angela dan lain-lain).

Bagaimana sepatutnya tindakan suami untuk mententeramkan isteri yang sedang dilanda ribut taufan ini?

Seeloknya didiamkan saja dahulu sampai kemarahannya reda kemudian baru diterangkan dengan sejelas-jelasnya setiap perkara yang perlu diterangkan terutama yang menimbulkan prasangka isteri. Mengapa perlu diamkan saja orang yang sedang mengamuk? Kerana tatkala sedang marah syaitan sengaja meluap-luapkan perasaan marahnya. Kalau dijawab, bererti kita sengaja mencari pasal kerana berlawan dengan syaitan. Maka lebih baik didiamkan sahaja sehingga perasaan marahnya kendur. Ada kalanya demi keharmonian rumahtangga, ada perkara-perkara tertentu yang tidak sepatutnya diketahui oleh isteri. Kalau perlu disembunyikan dari pengetahuan isteri, sembunyikan sungguh-sungguh. Saya bukanlah menggalakkan suami mengambil kesempatan melakukan perkara yang sumbang dan berbuat dosa di belakang isteri. Tetapi jika perkara yang disembunyikan itu tidak bertentangan dengan syariat, memang ada baiknya disembunyikan. Mungkin ia berhubung dengan suatu perkara yang isteri masih sukar untuk menerimanya.

Hal ini pernah berlaku dalam rumahtangga Rasulullah saw. Suatu hari isteri-isteri datang menemui baginda dan Siti Aishah, yang mewakili mereka semua, bertanya, “Wahai Rasulullah, di antara isteri-isteri Rasulullah, yang manakah yang paling Rasulullah sayangi?” Rasulullah tersenyum mendengar pertanyaan itu. Rasulullah tidak terus menjawabnya. Bahkan baginda menyuruh kesemua isterinya pulang dahulu dan berjanji akan memberikan jawapannya kemudian.

Bagaimana harus dijawab kalau anda ditanya begitu oleh isteri-isteri anda? Memang tidak dinafikan perasaan kasih sayang itu tidak boleh diberi sama adil. Ini diakui oleh Allah . Tetapi suami mestilah pandai memainkan peranannya supaya jangan ada dikalangan isteri-isteri yang tersinggung perasaannya kerana mengetahui suami lebih sayang kepada isteri yang lain.

Berbalik kepada kisah tadi, maka seperti biasa Rasulullah saw mendatangi isteri-isterinya mengikut giliran masing-masing. Rasulullah sedikit pun tidak menyebut mengenai persoalan yang dikemukakan itu. Sebaliknya sebelum baginda meninggalkan isterinya, setiap seorang baginda hadiahi sebentuk cincin dan baginda berpesan agar mereka tidak memberitahu pada isteri-isteri yang lain. Pada hari yang telah ditetapkan Rasulullah saw menyuruh isteri-isterinya berkumpul kerana baginda hendak memberi jawapan kepada persoalan yang dikemukakan.

Maka berdebar-debarlah hati masing-masing untuk mengetahui siapakah di antara mereka yang paling disayangi oleh Rasulullah. Ada yang terasa pasti jawapannya Siti Aishah kerana beliaulah yang termuda di antara mereka. Tetapi dengan kebijaksanaan Rasulullah, baginda pun berkata, “Isteri yang paling disayangi ialah mereka yang diberi cincin kepadanya.” Maka tersenyumlah isteri-isteri Rasulullah kerana setiap seorang menyangka dia sahaja yang menerima cincin tersebut. Begitulah sepatutnya tindakan suami, pandai menyelesaikan kekusutan fikiran isteri.

Satu perkara lagi biasanya kaum perempuan suka berleter atau setengah orang kata macam mulut murai. Suami yang bijak akan berdiam dan tidak menjawab leteran isteri. Ini bukan bermakna suami mengalah, tetapi sebagai satu strategi. Ibarat orang sedang sakit gigi. Gigi yang sakit jangan terus dicabut kerana akan bertambah sakitnya. Hendaklah tunggu sehingga sakitnya berkurangan barulah dicabut. Maknanya isteri yang sedang berleter, jangan dinasihati. Hendaklah tunggu keadaannya menjadi kendur barulah boleh dinasihati. Dan nasihat itu mestilah kena pada tempatnya. Maka barulah diterima dan dirasakan seperti kepala yang disirami embun pagi pada kala panas terik. Rasulullah juga pernah berhadapan dengan kerenah perempuan yang suka berleter. Rasulullah tidak menjawab sepatah pun. Baginda memberi peluang kepada perempuan tersebut meluahkan ketidakpuasan hatinya. Apabila kesemuanya telah diluahkan, barulah baginda memberi penjelasan atau pun memaafkan saja dan melupakan perkara tersebut.

Tidak semua suami memiliki isteri yang banyak kerenah. Beruntunglah suami yang memiliki isteri yang sikapnya terlalu pangasih terhadap suami dan anak-anak. Perempuan begini rela mengorbankan seluruh jiwa dan raganya untuk kebahagiaan suami dan anak-anak. Dia akan bersikap sebagai penghibur, penyayang, pendorong dan pembantu kepada perjuangan suami sekiranya suaminya seorang pejuang atau pendakwah. Isteri begini bukan sahaja tidak membebankan suami dengan masalah-masalahnya bahkan dia akan berusaha untuk menyelesaikan masalah suaminya.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

“Barangsiapa memiliki isteri yang solehah maka sesungguhnya ia telah memiliki separuh dari agamanya.”

Rasulullah juga bersabda yang bermaksud:

“Dunia adalah hiasan dan hiasan yang terbaik ialah memiliki isteri yang solehah.”

 

Isteri cerdik lagi solehah buat bakal az-zaujah ku

Filed under: Uncategorized — mutiarahati at 4:52 pm on Tuesday, October 7, 2008

 

 

Isteri cerdik yang solehah

Penyejuk mata

Penawar hati

Penajam fikiran

Di rumah dia isteri

Di jalanan kawan

Di waktu suami buntu

Dia penunjuk jalan

 

Pandangan suami diperteguhkan

Menjadikan suami tetap pendirian

Ilmu yang diberi dapat disimpan

Suami lupa dia akan ingatkan

 

Nasihat suami dijadikan pakaian

Silap suami dia betulkan

Penghibur di waktu kesunyian

Terasa ramai bila bersamanya

 

Dia umpama tongkat si buta

Bila tiada satu kehilangan

Dia ibarat simpanan ilmu

Semoga kekal untuk diwariskan

 

 

Bissmillahirrahmanirrahim..

(dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani)

 

Ya Allah, jadikan aku seorang isteri dan teman yang solehah buat bakal Az-zaujah ku. Jadikan aku seorang isteri yang berbudi kepada suami, demi mencapai redha Mu aku mohon kekalkan sifat mahmudah di dalam diri ini. Sinarkan Nur Kasih Mu ke atas hubungan kami moga kedamaian menjadi milik kami hingga ke akhirnya.

 

Amin.

Sebuah Pertemuan….

Filed under: Uncategorized — mutiarahati at 2:19 pm on Tuesday, October 7, 2008

Hadirnya tanpa ku sedari

Menggamit kasih cinta bersemi

Hadir cinta insan pada ku ini

Anugerah kurniaan Illahi

 

Lembut tutur bicaranya

Menarik hati ku untuk mendekatinya

Kesopanannya memikat di hati

Mendamaikan jiwa ku yang resah ini

 

“Ya Allah

Jika dia benar untuk ku

Dekatkanlah hatinya dengan hati ku

Jika dia bukan milik ku

Damaikanlah hati ku dengan ketentuan Mu”

 

Dialah permata yang dicari

Selama ini baru ku temui

Tapi ku tak pasti rencana Illahi

Apakah dia kan ku miliki

 

Tidak sekali dinodai nafsu

Akan ku batasi dengan syariat Mu

Jika dirinya bukan untuk ku

Redha hati ku dengan ketentuan Mu

 

Ya Allah

Engkaulah tempat ku bergantung harapan ku

Ku harap diri ku sentiasa di bawah rahmat Mu

 

Aku janji untuk berjumpa si dia hari ini. Gemuruh di hati buat aku tak senang duduk. Sesekali aku rasa seperti tidak mahu berjumpa dengannya. Tapi hati terasa lebih kuat untuk bertemu muka si dia. Dua kali pertemuan hanya pandangan jauh. Kali ini aku mampu tersenyum di hadapannya. Hanya pada si dia. Bahagia menjengah jua. Sesekali aku rasa berbunga didalam hati kerana berpeluang bersua dengan si dia. Tiada rasa kekok walau sedikit pun. Tidak seperti diawal pertemuan dan juga pada pertemuan kedua. Pertemuan kali ini lebih bermakna aku rasakan. Aku tahu perasaan si dia jua begitu. Mata aku tak lekang melihat ketenangan pada raut wajahnya. Pencarian akan berakhir tidak lama lagi….alhamdulillah.

 

Next Page »