~Kisah Cinta Ku~

Sebutir Mutiara Hikmah

Kenangan Yang Di rindu~

Filed under: Uncategorized — mutiarahati at 12:45 pm on Saturday, November 29, 2008

Jam opis kul 4.20 petang. Terasa lambat sangat masa berlalu. Hari ni pulak tak banyak sangat keje. Latest dateline nextweek. Penat dan bosan bercampur baur. Lagi2 bila masuk hujung bulan macam ni. Nak men’design’ pun rasa macam kering otak. Relaks la kejap ngan menaip blog ni. Aku sebenarnya ngah berkira-kira nak buat cerpen baru. Hampir dua tahun aku tak mengarang dan add-post kat tokeikedai.net.my Admin dah tanya kot2 aku ade tulisan baru nak post. Last add-post cerpen aku kat situ pada Mac 2006, tajuk cerpen Tirai Semalam. Cerpen aku memang tak lari daripada tema kasih sayang, cinta dan perhubungan dua hati. Kali ni nak cuba olah yang lain sikit jalan ceritanya tapi masih mengekalkan tema yang sama. Cheeyywah!! Macam penulis yang berbayar plak lagaknye aku ni…tak dapat bayaran pun tak kesah. Orang nak baca cerita aku then kasi komen pun dah cukup baik. Setakat ni komen menggalakkan. Makin berkobar aku nak menulis balik. ‘Menulis’ (actually menaip) cerpen salah satu hobi yang tak boleh aku tinggalkan. Tengah tunggu bas pun idea gila-gila datang. Kalau ade laptop time tu ugak aku bukak dan menaip. Masa pun tak membazir tunggu bas rapid kl berjam lamanya. Tapi tu pun kalau……waktu tido pun aku sempat melamun ugak. Macam Kak Ogy yang jadi juri AF tahun lepas cakap… “Gali dik…gali…”. Masa tido aku lah yang jadi masa meng’gali’ ilham2 tuk buat cerpen dan tuk men’design’, kadang-kadang sampai termimpi. Bila dah terjaga, tangan mulalah capai kertas then sketch ape yang bermain kat otak masa tido. Kelas ugak aku ni…hehehehe….(Perasannya cik liyana oiii…). Walaupun amatur artist tapi Allah kasi jugak ilham kat aku tuk buat menda2 tu semua. Syukur Alhamdulillah.

 

Teringat waktu aku kat kolej dulu. Lepas abis study malam, aku akan on laptop, pasang lagu yang aku suka dengar then karang cerpen. Kadang2 hampir subuh baru aku tido. Waktu subuh waktu yang paling aku suka. Rasa sejuk, dingin dan menyegarkan. Udara pun bersih. Aku akan buka seluas-luasnya tingkap bilik aku dan biarkan angin pagi masuk. Amat nyaman, dan aku akan sambung karang cerpen sementara tunggu waktu untuk ke kelas. Itulah hobby aku waktu aku belaja dulu. Orang dengar tak seronok mana. Tapi bagi aku, itulah waktu yang paling menenangkan hati dan aku boleh buat ape saja yang aku suka terutama….mengarang cerpen lah…. (^^,) dan skarang, aku nak mula balik ape yang dah lama aku tinggalkan….nantikan kemunculan cerpen baru karya mutiarahati…odios

  

beauty

 

Because I’m A girl…

Filed under: Uncategorized — mutiarahati at 5:53 pm on Tuesday, November 25, 2008

Dengar lagu because I’m a girl..lagu korean yang paling aku suka dengar bila hujan turun waktu petang dan aku akan amik peluang berbaring di tepi tingkap bilik sambil perhatikan hujan turun. Cantik sangat.

sarangi jonbuin nanun yojainika….

Because I’m a girl to whom love is everything…

Ada sesetengah perkara yang aku tak akan lupa, perkara yang akan buat aku sentiasa tersenyum dan dapat menenangkan hati. Salah satunya, waktu petang sewaktu aku di kolej. Aku tak akan lepaskan peluang jogging dengan adik housemate aku Az. Kami akan berborak, bergurau dan main bola keranjang bersama. Jadi shooter (^^,). Selepas bersenam, aku akan duduk di court sambil memandang ke langit. Angin bertiup perlahan dan aku akan pejamkan mata. Merasa angin lembut menyapa tubuh aku. Terasa damai. Amat damai.

Aku rindukan housemate aku. Wanie, Kak Lyn dan Az. Diorang teman gembira aku. Teman bersedih dan teman berbincang. Aku teramat rindukan kalian. Aku akan sentiasa ingat wajah manis Wanie bila dia tersenyum, wajah ceria Kak Lyn bila dia ketawa dan wajah serius Az time dia tengok tv. Waktu petang selepas maghrib kami akan makan malam bersama. Kadang kala aku akan join Wanie solat jemaah.

Aku masih ingat waktu pagi di kampus. Wanie orang pertama yang bangun subuh pukul 6 pagi, aku pula orang ke-2 bangun pukul 6.15 dan kemudian Az then Kak Lyn.

Pukul8 masing-masing ade kuliah. Petang kami balik dan berkumpul di rumah seperti biasa untuk makan malam. Sungguh. Kami seperti sebuah keluarga.

Lia sayangkan korang dan rindu korang sangat2.

Because I’m a girl

It’s impossible to understand

What’s going through a guy’s heart

You told me that you wanted me and now

That I’ve given you everything, you tell me you’re leaving

You told me that it was the first time you felt this way

And said that I was special

I believed you…and it was my happiness

You should have told me that your feelings had faded.

I had no idea and I continue to depend on you

Although I say I hate you now, I’ll be missing you

Because I’m a girl, to whom love is everything

They say that when you give a guy all he wants

He quickly gets bored

And now I know that the truth

And although I tell myself I’ll never be tricked by love again

I fall in love and my heart is broken again…

Please don’t break the heart of girls

Who’ll do anything for love

I didn’t know that living this life

While being loved would be so hard…

Mahligai Kasih

Filed under: Uncategorized — mutiarahati at 12:33 pm on Monday, November 24, 2008

Duhai kasih cuba kau dengarkan

Isi hati penuh kejujuran

Dengan sepenuh keikhlasan

Ku dambakan pengertian

Jangan kau dengar fitnah dunia

Kerna ianya dusta semata

Menghancurkan kesucian

Jalinan kebahagiaan

Sebenarnya aku merasa

Sinar cahaya yang gemilang

Ketika kau beri ku harapan

Dan sering aku harapkan

Cinta berlandas keimanan

Dan kasih suci kita kan diberkati

Ku cuba sedaya

Agar dirahmati perhubungan yang telah terbina

Kerna pasti aku

Yang akan merasa pedihnya kehilangan insan seperti mu

Kasih….ku harapkan cinta kita akan terus kekal hingga ke syurga

Tuhan berikanlah

Ketabahan hati ku untuk membina impian kasih ku

Bersama mengharapkan ketulusan cinta ini semoga terbina mahligai bahagia

Because You Loved Me~

Filed under: Uncategorized — mutiarahati at 11:33 am on Monday, November 24, 2008

Mengapa sukar bahagia? Kadangkala kita seringkali bertanya di manakah kebahagiaan itu atau mungkin juga kita memikirkan mengapa kebahagiaan itu sukar hadir dalam istana yang kita bina bersama pasangan atau ada yang bertanya mengapa kebahagiaan saya kian menjauh.

Sebenarnya jawapan kepada kesemua persoalan itu ada di dalam diri kita sendiri. Yang menjadi musuh kita selama ini adalah sikap. Mahu atau tidak mahu sahaja untuk berubah. Bermulalah dengan mendefinisikan syurga rumahtangga anda sendiri.

Hakikat yang mesti diterima adalah syurga orang lain tidak mungkin sama dengan apa yang ingin dibina oleh kita. Ayat yang lebih mudah, kebahagiaan dalam kamus kita mungkin berbeza dengan kamus kebahagiaan orang lain. Merasa bahagia itu terlalu subjektif untuk dihuraikan. Jadi, ciptakan kebahagiaan itu sekarang sebelum kita kehilangannya.

Ada beberapa perkara yang kita anggap remeh namun ianya amat berkesan dalam membina perhubungan berumahtangga antara kita dan pasangan. Ianya termasuklah mengelipkan mata pada pasangan sesekali, memilih lagu yang boleh dinyanyikan bersama sewaktu memandu atau ketika beristirehat di rumah pada hujung minggu dan hari cuti atau setidak-tidaknya suami menyediakan sarapan untuk isteri dan anak-anaknya.

Tanya lah diri adakah kita mempraktikkan kesemua perkara di atas. Mungkin dalam 50, hanya seorang yang berbuat demikian atau tiada langsung.

Tiada salahnya memulakan setiap hari baru dengan kucupan mesra untuk pasangan. Ini bukan sahaja membuatkan pasangan merasa dihargai dan disayangi malah memcambahkan lagi benih-benih cinta dan menyemarakkan kasih sayang dalam ‘istana’ yang dibina.

Pernahkah kita bertanya ‘sesekali’ kepada pasangan, “Apakah yang saya boleh buat untuk membuatkan awak merasa bahagia?” Pernahkah kita bertanya begitu? Tepuk dada tanyalah selera!

Tidak sukar sebenarnya untuk mencipta bahagia. Jika orang lain boleh bahagia dengan cara mereka, kita juga punya cara untuk mencipta bahagia di dalam ‘syurga impian’ kita menurut kepada acuan kita sendiri.

Tidak sukar sebenarnya! Berubahlah sedikit demi sedikit. Paling utama selalulah berdoa kepada Allah untuk pasangan dan anak-anak. Mohonlah untuk kekalkan keharmonian dalam kehidupan berumahtangga. Bukankah Allah berfirman, antara lain maksudnya : “ Mohonlah kepada Aku nescaya Aku akan kabulkan.”

Tips Rumahtangga Yang Bercirikan Syurga

  1. Meningkatkan ilmu pengetahuan pada seisi rumah itu.
  2. Penghayatan agama yang berterusan.
  3. Memastikan seisi rumahtangga dalam keadaan sihat sejahtera dan aman damai.
  4. Perlu adanya pengukuhan ekonomi.
  5. Komunikasi yang cemerlang.
  6. Wujudnya kemesraan antara suami dan isteri.
  7. Suasana rumah tangga yang selesa.

Tips Komunikasi Keluarga Cemerlang

  1. Berkongsi melakukan tugasan di rumah.
  2. Berbincang dalam membuat perancangan sesama ahli keluarga atau sebelum membuat keputusan yang memberi kesan kepada keluarga.
  3. Menggunakan humor yang bersesuaian untuk mengurangkan ketegangan yang disebabkan oleh konflik yang mungkin berlaku.
  4. Meraikan hari ulangtahun perkahwinan dan hari lahir bersama ahli keluarga.
  5. Makan malam bersama.
  6. Beribadah secara berjemaah.
  7. Riadah bersama keluarga atau membawa keluarga bercuti ke tempat yang bersesuaian.

Tips Komunikasi ke Arah Meningkatkan Kasih Sayang Berkekalan

  1. Berkongsi melakukan segala tugasan di rumah.
  2. Tidak mudah dan tidak sesekali merasa kecewa walaupun menempuh cabaran dan masalah dalam rumahtangga.
  3. Tidak berdendam-kesumat antara satu sama lain.
  4. Sentiasa memohon maaf dan memaafkan kesilapan masing-masing.
  5. Sentiasa mencariemas’ dalam diri pasangan.
  6. Menganggap pasangan sebagai kawan yang paling akrab.
  7. Sentiasa bersolat jemaah dan saling doa mendoakan pasangan.

Tips Komunikasi Cemerlang, Gemilang, Terbilang Pasangan Suami Isteri

  1. Berdoa kepada Allah S.W.T untuk sentiasa disayangi oleh pasangan.
  2. Sentuh dan tegur pasangan sebelum menyambung kerja lain apabila pasangan balik ke rumah.
  3. Berlatih untuk menjadi pendengar yang baik.
  4. Memberi pujian kepada pasangan mengenai penampilan masing-masing dan memberi galakan kepada perubahan yang cuba dibuat oleh pasangan.
  5. Memujuk apabila pasangan marah atau berkecil hati.
  6. Ucapkan kata-kata sayang atau romantik dua kali sehari.
  7. Memberi perhatian terhadap perkara yang disampaikan oleh pasangan dengan tekun.
  8. Peluk pasangan dengan penuh kasih sayang tujuh kali sehari.

Hari Ini?

Filed under: Uncategorized — mutiarahati at 5:54 pm on Thursday, November 13, 2008

Lepas solat zohor. Pandang phone yang berada kat sebelah kiri meja yang berselerak dengan kertas sketching. Ada mesej. Tentunya si dia baru reply mesej yang aku hantar sebelum aku ke surau tadi. Aku capai keropok keping yang Kak Ina beli. Tak selera nak kuar lunch. Keropok tu jela yang jadi alas perut aku. Dua tiga hari ni, makan pun tak menentu. Mood kureng. Ntah ke mana mood aku pi pun aku tak tau. Aku gigit-gigit keropok tu sambil tangan kiri flip telefon untuk baca kandungan mesej yang si dia hantar. Seperti yang aku dapat agak. “….esok n Saturday abg kena pegi Sabah, ada urgent case nak kena settle..so, abg takleh fetch yana utk pi doa selamat kak na..abg pun takleh hadir..” Hurm…..Nak mengeluh ke tak nak? Huuuhhh!!!takpelah, nak buat camne, dah kijenya camtu. Lagipun aku dah biasa kena tinggal. Memang kena biasakan diri untuk ditinggalkan.

Aku rindu hubby, rindu Sarah sangat2…

Asal nampak je muka Doc, sure die teringat cupcake aku. Esok aku kena buat 20 biji cupcake untuk dia. Berkali-kali dia pesan nak cupcake aku. Sampai nak balik tadi pun sempat lagi dia tonjol muka balik pintu. “Kamu jangan lupa besok…kamu janji nak bawak cake kecik tu…” Aku cuma sengih. Yelah Doc…akan ku buat yang comel-comel untuk mu…

Esok malam, aku kena jumpa Arsalia manager kat Starbuck The Curve. Interview tuk freelance job. Hubby aku tak jadi outstation. Dia batalkan outstation dia ke Sabah. Hurm…Nak senyum ke tak nak? (^^,) hehehe…leh jumpa si dia. Si dia janji nak temankan aku pi interview besok. YESSSS!!!!!

Doa Seorang Isteri

Filed under: Uncategorized — mutiarahati at 5:06 pm on Wednesday, November 12, 2008

“Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di JannahMu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan duniaMu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaannya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..”

HADIAH BUAT YANG TERSAYANG

Filed under: Uncategorized — mutiarahati at 4:25 pm on Wednesday, November 12, 2008

Buat renungan suami tercinta

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia sesebuah hubungan di antara lelaki dan wanita. Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah r.a. tidaklah setaqwa Aisyah r.a. dan tidaklah setabah Fatimah Az-zahra. Justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang mempunyai cita-cita jua impian untuk menjadi wanita sesolehah salastussoleh. Pernikahan atau perkahwinan mengajar lelaki dan wanita kewajipan hidup bersama.

Isteri menjadi tanah, suami langit penaungnya

Isteri menjadi ladang tanaman, suami pemagarnya

Isteri kiasan ternakan, suami gembalanya

Isteri adalah murid, suami mursyidnya

Isteri bagaikan anak kecil, suami tempat bermanjanya

Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya, ketika isteri menjadi racun jadilah kamu penawar bisanya. Seandainya isteri lahirnya dari fitrah tulang rusuk yang bengkok maka berhatilah semasa meluruskannya.

Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita betapa perlunya iman dan taqwa dalam mencorakkan hubungan tersebut, bukan mudah menggapai redha Allah, bukan mudah menahan sabar tatkala memiliki isteri yang tidak sehebat mana agamanya. Sedarlah wahai suami, sedarlah dari kealpaan. Kamu bukanlah Rasullah s.a.w, bukan juga Sayyidina Ali Karamallahuwajhah. Kamu hanyalah biasan suami akhir zaman yang jua berusaha menjadi seorang yang soleh….sekalipun demikian…amin. Moga ianya dimakbulkan.

Buat renungan diri ku sendiri

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia sesebuah hubungan di antara wanita dan lelaki. Suami yang kamu nikahi tidaklah semulia Muhammad s.a.w, tidaklah setaqwa Ibrahim Alaihissalam, tidaklah setabah Ayyub, tidaklah segagah Musa pun tidaklah setampan Yusuf. Justeru, suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh, solehah. Pernikahan atau perkahwinan mengajar wanita dan lelaki kewajipan hidup bersama.

Suami menjadi rumah, isteri penghuninya

Suami menjadi nakhoda, isteri pengemudinya

Saat suami menjadi bisa, kamu jadilah penawarnya. Dikala suami dalam keadaan marah, kamu jadilah air yang mampu memadamkan kepanasan hatinya.

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita betapa perlunya iman dan taqwa dalam mencorakkan hubungan tersebut, bukan mudah menggapai redha Allah, bukan mudah menahan sabar tatkala memiliki suami yang tidak sekuat mana agamanya. Sedarlah wahai isteri, sedarlah dari kealpaan. Kamu bukanlah Khadijah r.a yang begitu sedia berkorban, bukan juga Hajar yang setia dalam sengsara. Kamu hanyalah biasan isteri akhir zaman yang jua berusaha menjadi seorang yang solehah….sekalipun demikian…amin. Moga ianya dimakbulkan.

Oleh itu wahai para suami dan isteri, jangan mengharap, menanti, menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri tidak jelas dan tidak berupaya. Mengapa mendambakan isteri sehebat Fatimah az-zahra seandainya kamu tidak setaqwa Saidina Ali? Mengapa mendambakan suami setampan Yusuf seandainya kasih mu tidak setulus Zulaikha?

Penilaian bukan diukur melalui pandangan, tetapi melalui hati. Cantik hatinya, cantik jualah akhlaknya. Secantik perhiasan dunia, adalah wanita solehah yang menceriakan hati suaminya.

Wallahulam.

Nur Kasih @>–;–

Filed under: Uncategorized — mutiarahati at 3:02 pm on Wednesday, November 12, 2008

Aku Kembali…Makrifat

Filed under: Uncategorized — mutiarahati at 2:55 pm on Wednesday, November 12, 2008

Ya Tuhan..

Aku tegar dengan perasaan ini

Pelbagai dugaan yang mendatang

Membawa perkhabaran yang tidak enak dihati

Aku tahu Ya Tuhan

Diri ini diselaputi kehinaan dunia

Tapi

Dengan pertolongan MU

Aku mohon dosa dan noda ini diampunkan

Aku hanya wanita yang penuh kelemahan

Mempunyai iman seolah hamparan debu pasiran pantai

Tatkala ombak menyapa

Hakikat iman dijiwa terus berubah

Aku syukur

Masih mampu bernafas

Bila mana mata terbuka di dinihari

Aku syukur

Masih mampu menangis

Bila mana terasa sakitnya timpaan ujian Mu

Aku syukur

Masih mampu tersenyum

Bila mana hati terasa susah atau senang

Kadang-kala

Mengalir air mata hangat di pipi

Mengintai

Masih adakah peluang untuk aku kembali kepada MU

Destinasi cinta sebenar terlalu hampir

Cuma kabur dengan tipu daya dunia

Salahkah untuk aku dambakan hidayat MU

Lillahirrabbi….

Kerna ku sayang kamu…

Filed under: Uncategorized — mutiarahati at 12:39 pm on Monday, November 3, 2008

Petang 2 Nov, hujan turun menyejukan suasana. Rasa tidak sabar dalam hati untuk bertemu dengan satu-satunya puteri hati aku. Sebelum itu, si dia telefon. “Hi sayang, ngah watpe tu? 20 minutes lagi abg sampai.” Hati aku berbunga riang. Aku nak tatap sepuas-puasnya wajah dua insan yang aku sayang. Sarah dan hubby.

Aku masih ingat senyuman puteri ku itu. Perasaan sayang begitu banyak buatnya. Di dalam kereta dia duduk bersama aku di seat depan. Aku berpeluang untuk mencium dan memeluk erat tubuhnya sepuas hati aku. Mama rindu Sarah. Terlalu rindu dengan karenah Sarah, malah mama tak penah bosan melayan Sarah.

Terima kasih Tuhan, Kau kurniakan aku seorang puteri yang begitu manis dan mendamaikan hati dan juga pertemukan aku dengan suami ku yang begitu penyayang dan baik hati. Terima kasih.

“Boleh Sarah panggil untie, mama?” Tiba-tiba dia ajukan aku dengan soalan sebegitu. Aku berpaling mengadap ke arah suami ku. Si dia cuma tersenyum. “Erm boleh, kalau Sarah suka nak panggil untie, mama. Untie ikut je.” Aku mencium pipinya bertalu-talu.

Walau masa yang ada bersamanya terhad, namun aku tak putus-putus mendoakan kesejahteraan kedua-dua insan yang aku sayang, Sarah dan hubby. Tak lama lagi kita akan bersama. Mama akan bersama Sarah. Mama akan temankan papa Sarah hingga akhir hayat mama. Mama janji.

Dalam perjalanan, si dia memasang lagu kegemaran aku Dygta; Kerna ku sayang kamu. Kami bertiga menyanyi bersama. Terasa bahagia milik kami. Alhamdulillah.

Kerna mama sayang kalian.

Seandainya, kau ada disini denganku
Mungkin ku tak sendiri
Bayanganmu, yang selalu menemaniku
Hiasi malam sepiku


Ku ingin bersama dirimu
Ku tak akan pernah, berpaling darimu
Walau kini, kau jauh dariku

Kan slalu ku nanti
Karna ku sayang kamu

Hati ini, selalu memanggil namamu
Dengarlah melatiku
Ku berjanji, hanyalah untukmu cintaku
Takkan pernah ada yang lain


Adakah rindu di hatimu

Seperti rindu yang kurasa
Sanggupkah ku terus terlena
Tanpamu disisiku, ku kan slalu menantimu


Kan slalu ku nanti
Karna ku sayang kamu