~Kisah Cinta Ku~

Sebutir Mutiara Hikmah

Kenangan Yang Di rindu~

Filed under: Uncategorized — mutiarahati at 12:45 pm on Saturday, November 29, 2008

Jam opis kul 4.20 petang. Terasa lambat sangat masa berlalu. Hari ni pulak tak banyak sangat keje. Latest dateline nextweek. Penat dan bosan bercampur baur. Lagi2 bila masuk hujung bulan macam ni. Nak men’design’ pun rasa macam kering otak. Relaks la kejap ngan menaip blog ni. Aku sebenarnya ngah berkira-kira nak buat cerpen baru. Hampir dua tahun aku tak mengarang dan add-post kat tokeikedai.net.my Admin dah tanya kot2 aku ade tulisan baru nak post. Last add-post cerpen aku kat situ pada Mac 2006, tajuk cerpen Tirai Semalam. Cerpen aku memang tak lari daripada tema kasih sayang, cinta dan perhubungan dua hati. Kali ni nak cuba olah yang lain sikit jalan ceritanya tapi masih mengekalkan tema yang sama. Cheeyywah!! Macam penulis yang berbayar plak lagaknye aku ni…tak dapat bayaran pun tak kesah. Orang nak baca cerita aku then kasi komen pun dah cukup baik. Setakat ni komen menggalakkan. Makin berkobar aku nak menulis balik. ‘Menulis’ (actually menaip) cerpen salah satu hobi yang tak boleh aku tinggalkan. Tengah tunggu bas pun idea gila-gila datang. Kalau ade laptop time tu ugak aku bukak dan menaip. Masa pun tak membazir tunggu bas rapid kl berjam lamanya. Tapi tu pun kalau……waktu tido pun aku sempat melamun ugak. Macam Kak Ogy yang jadi juri AF tahun lepas cakap… “Gali dik…gali…”. Masa tido aku lah yang jadi masa meng’gali’ ilham2 tuk buat cerpen dan tuk men’design’, kadang-kadang sampai termimpi. Bila dah terjaga, tangan mulalah capai kertas then sketch ape yang bermain kat otak masa tido. Kelas ugak aku ni…hehehehe….(Perasannya cik liyana oiii…). Walaupun amatur artist tapi Allah kasi jugak ilham kat aku tuk buat menda2 tu semua. Syukur Alhamdulillah.

 

Teringat waktu aku kat kolej dulu. Lepas abis study malam, aku akan on laptop, pasang lagu yang aku suka dengar then karang cerpen. Kadang2 hampir subuh baru aku tido. Waktu subuh waktu yang paling aku suka. Rasa sejuk, dingin dan menyegarkan. Udara pun bersih. Aku akan buka seluas-luasnya tingkap bilik aku dan biarkan angin pagi masuk. Amat nyaman, dan aku akan sambung karang cerpen sementara tunggu waktu untuk ke kelas. Itulah hobby aku waktu aku belaja dulu. Orang dengar tak seronok mana. Tapi bagi aku, itulah waktu yang paling menenangkan hati dan aku boleh buat ape saja yang aku suka terutama….mengarang cerpen lah…. (^^,) dan skarang, aku nak mula balik ape yang dah lama aku tinggalkan….nantikan kemunculan cerpen baru karya mutiarahati…odios

  

beauty

 



No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

You must be logged in to post a comment.