~Kisah Cinta Ku~

Sebutir Mutiara Hikmah

Half Wife Story~

Filed under: Uncategorized — mutiarahati at 12:12 pm on Friday, January 16, 2009

Almost a month aku bergelar Mrs Junaidy. Ade memember tanya, ape perbezaan sebelum dan selepas berumah tangga? Huh!! Jenuh juga nak menjawab memandangkan aku baru sebulan nikah, tapi secara general aku boleh kata beza sebelum dan selepas kawen memang ketara, bukan a bit changes tapi almost everything must change. Kalau orang yang tak ready sure rasa terbeban dengan segala tanggungjawab yang perlu dipikul. Kalau dapat suami jenis yang ‘cool’ dan jenis yang ‘lantak’, aku rasa takde masalah, tapi kalau dapat yang particular dalam segala hal, agak2 sure muka si wife masam memanjang. Sebenarnya, dapat suami yang ‘cool’ atau yang ‘protocol’, dua2 takde masalah kalau kita dapat buat segala tanggungjawab dengan rela hati. Kalau tak rela, baik pikir awal2.

Masa bujang leh la iron baju sendiri. Kedut skit pun tak jadi hal, tak pun kalau yang jenis malas pakai baju tak ber ‘iron’ pun tak pe. Skrang dah kawen, bukan stakat baju sendiri baju laki pun kena gosok sama. Sebelom kawen, perut sumbat maggi cap ayam dengan kari hari-hari pun tak jadi masalah, asal perut berisi. Dah kawen, takkanlah nak kasi laki makan maggi yang ada macam2 brand kat market tu. Haa…baru teruji segala kepakaran memasak. Macam alkesahnya semalam, aku tanya hubby dia nak makan malam lauk ape. So dia cakap nak makan ikan siakap dengan kari ayam. Mulalah jari ni duk ketuk2 meja, nak recall balik ape yang mama aku ajar camne nak wat kari ayam. Pikir punya pikir, mujur ingat la ugak sikit sebanyak.

Sampai umah kul8 pm, pas solat dengan hubby aku terus terjun ke dapur. Punyalah eksen. Main campak2 dalam periuk je. Alik2 menjadi tapi hangus la plak, rupa kari nampak elok tapi rasa dah lain macam sebab dah hangit. Bila hubby aku tanya nape ade bau hangit, so aku salahkan periuk. Aku masak dah betol. Periuk yang boikot wat kari ayam aku hangit. Dia senyum je. Tapi at the end, perut dia senak coz makan banyak sangat. Moral of the story, kalau mak kita ajak masuk dapur tu jgn duk wat bodo. Better belaja, wat ringan tangan skit. Karang dah terkena macam aku, baru padan ngan muka. Malu beb tak reti masak. Kate org bijak pandai, nak pikat hati laki kena pikat perut dia dulu. (^^,) tapi walau camne mana aku masak skalipun, pas makan hubby akn peluk aku then dia akan cakap terima kasih (“,”). Very sweet. Macam2 hal lah pendek kata yang aku belaja dengan hubby aku. Mujur dia jenis yang open minded walaupun sebenarnya sikap dia serius. Setakat ni aku happy menjadi seorang wanita yang berstatus isteri. Cukupla dulu wat setakat ni, lain kali hikayat kesah lain pulak aku add post kat sini.

Happy day.



1 Comment »

38

   eizah87

March 25, 2009 @ 11:55 pm

warrr..u r so lucky having such a sweet man!
congrate~~
may happiness always with u & ur family :)

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

You must be logged in to post a comment.