Pencarian Berakhir~Mission Accomplished
26 December 2008, tarikh keramat yang menjadi sejarah buat aku dan suami. Alhamdulillah. Berkat doa mama dan wan, aku dan junaidy telah sah menjadi suami isteri. Masih aku ingat pertemuan pertama di antara aku dan suami. Senyuman si dia menerbitkan perasaan yang begitu menenangkan hati. Cara si dia, gerak laku si dia, semuanya memikat hati aku. Syukur padaMu ya Allah kerana kurniakan aku seorang suami yang menyejukkan pandangan dan mendamaikan jiwa.
Hari ini, hari terakhir dalam tahun 2008. Tahun hadapan, tahun baru yang cukup bermakna bagi aku. Aku kini bersuami, aku kini bergelar seorang isteri dan kelak bakal merangkul gelaran ibu. Aku mohon pada Allah, moga segala perancangan di permudahkan, moga segala rezeki dipermurahkan.
Buat suami ku, betapa beruntungnya aku kerana menjadi pilihan mu. Tiada kata yang mampu diucapkan betapa aku bersyukur dan berterima kasih kerana dipertemukan dengan mu. Kau menjadi imam solat ku, kau menjadi pemimpin langkah ku. Demi Allah, akan aku abdikan diri ini untuk mu selayaknya bagi seorang lelaki yang bergelar suami.
Yana cinta, kasih, sayang dan rindu abang sentiasa.
