Antara Dua Kasih~
Alhamdulillah. Pengucapan yang lahir dari bibir tidak akan pernah berakhir tanpa kalimah syukur. Masih lagi dipanjangkan umur merasa keindahan Ramadhan. Tapi Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan pertama yang bakal aku lalui bersama suami. Betapa terlalu indah aku rasakan. Aku berkira-kira mahu mengecap sebanyak yang boleh pahala seorang isteri di dalam bulan yang penuh kemuliaan ini. Menyediakan hidangan sahur dan berbuka untuk suami tercinta, mengerjakan ibadat terawih dan tahajjud secara berjemaah di sepertiga malam. Melaksanakan usrah selepas solat maghrib dan bertadarus al-Quran bersama. Segalanya adalah impian yang telah lama bersarang di sudut hati aku yang kecil ini. Moga Allah permudahkan segala urusan ibadah ku dan suami. Amin.
Buat suami yang terlalu aku cintai….
Terima kasih tidak terhingga kerana menyunting diri ini menjadi suri hati mu. Memberikan aku peluang merebut pahala yang berganda dengan mengerjakan segala tanggungjawab sebagai seorang isteri. Dan dengan perkahwinan ini, kita telah menjauhkan segala keburukan dan kelemahan kita sebagai manusia di atas muka bumi Allah. Moga segala ibadah dan kebaikan kita selepas ini bertambah rahmah dan barakah dariNya. Ingatlah, kasih Allah kekal selamanya, kasih manusia hanya sementara. Apa yang kita cari adalah redhaNya. Begitu kasih insan buat Tuhan yang SATU.
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan.
